This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, April 8, 2015

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee: Cinta Pandang Pertamaku!

Assalammualaikum..semoga para pembaca blog NoonaAsh sihat dan ceria selalu. Jom kita tengok topik apa yang saya nak kongsikan pada kali ini.

Apa itu ESP Shaklee? Apa keistimewaannya sehingga ia sering menjadi sebutan?

Kebiasaannya, pengguna yang dah terbiasa dengan produk Shaklee akan sebut ESP je. Bagi mereka yang tak pernah dengar mesti terpinga-pinga..apa benda ESP tu?





FAKTA MENGENAI ESP 

Kalau nak tahu, ESP adalah singkatan bagi ENERGIZING SOY PROTEIN (Isolate Powder). Jika anda merupakan seorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari maka ESP Shaklee adalah jalan penyelesaian yang anda cari-cari selama ini.




Kalau nak tau, 25% daripada tubuh badan manusia dibina daripada protein. Contohnya seperti kuku, kulit dan otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Struktur daripada tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada sel. Kemudian sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya tisu-tisu ini akan membentuk organ dan akhir sekali organ-organ ini akan membentuk sistem. Sebab itulah badan kita sangat memerlukan protein.

Protein adalah makanan utama bagi sel tubuh badan manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.



ANTARA PRODUK SHAKLEE TERAWAL DICUBA

Sebenarnya, ESP adalah salah satu produk Shaklee terawal yang saya cuba iaitu pada Jun 2014. Masa tu saya sedang tercari-cari produk terbaik yang dapat memulihkan masalah jerawat yang saya alami.

Saya terbaca di sebuah blog berkenaan keistimewaan ESP yang mampu merawat masalah jerawat. Bila dah mula ambil ESP, rasa banyak sangat manfaat yang saya dapat dan sejak saat itulah saya terus mengambil ESP sehinggalah sekarang.

SEORANG PEMINAT SOYA

Saya ni seorang peminat tegar soya termasuklah suami dan anak-anak saya. 

Ingat lagi, kerana terlalu minat dengan soya saya sanggup buat sendiri air soya. Masa tu saya mengandungkan anak pertama (Sumayyah). Lenguh kaki tolak ketepi demi air soya tercinta hehe.

Tapi kebanyakkannya pada masa tu saya beli air soya dalam kotak, beli banyak-banyak buat stok dalam peti ais. Tak terfikir lagi soya tu soya GMO ke, kandungan gulanya banyak ke..yang saya tahu pada masa tu, soya tu elok untuk baby. Huhuhu..eloklah sangat!

Sekarang ni bila dah jumpa soya terbaik memang tak beli dah air soya kotak tu..semestinya Energising Soy Protein terbaik!



Inilah breakfast ku setiap pagi


Setiap pagi sebelum pergi kerja mesti breakfast dulu dengan susu Dutch Lady (LowFat) + ESP + CINCH. Kadang-kadang tu campur Oat atau Nestum. Pelbagaikan menu ESP supaya tak bosan.

ESP ibarat pelengkap dalam hidup saya seharian. Rasa tak lengkap pulak hidup kalau tak ambil ESP dalam sehari hehe. 


SIAPA YANG PERLUKAN ESP

Sebenarnya tak rugi jika mengambil ESP ni sebagai keperluan harian. Ramai yang berpuas hati kerana pada mulanya ada yang nak ambil ESP untuk diet tetapi kesan yang dirasai lebih daripada itu. Kesan parut cepat hilang, kulit dah tak alergik, gastrik pun dah lama tak menyerang dan banyak lagilah kelebihannya.




Jom kita siasat apa kelebihan ESP ni:
  • Untuk Cantik - ESP menjadikan kulit lebih berseri, lebih cerah, anjal dan awet muda kerana protein amat penting untuk menggantikan sel-sel mati kepada sel-sel baru. Ia juga membantu menghilangkan jerawat dan kesan parut jerawat.
  • Untuk Kurus - Protein bertindak untuk memberi rasa kenyang. Apabila seseorang yang berdiet mengambil ESP beberapa jam sebelum makan, nafsu makan mereka akan berkurangan kerana perut sentiasa rasa kenyang.
  • Kesuburan/ Nak Mengandung - ESP sesuai diamalkan oleh suami dan isteri. Ia membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sperma yang sihat. Juga membantu untuk seimbangkan hormon.
  • Untuk Ibu Hamil - Sesuai untuk awal kehamilan dan akhir kehamilan. Pada awal kehamilan, ia membantu membekalkan 20 jenis protein kepada ibu dan bayi. Ibu akan kurang morning sickness, badan rasa lebih cergas dan bertenaga.
  • Untuk Kekal Sihat - ESP beri ketahanan badan dan sebagai pelengkap nutrien dalam badan kita. Apabila badan lengkap dengan nutrien, jadi badan pun dapatlah melawan penyakit yang datang, Insha Allah.
  • Menyusukan Anak - ESP membantu memperbanyakkan pengeluaran air susu bagi ibu yang menyusukan anak. Air susu yang banyak dan pekat serta berkhasiat akan menjadikan bayi cepat kenyang. Protein yang cukup menjadikan ibu sentiasa bertenaga.
  • Stabilkan Hormon - ESP mengandungi kacang soya (Non-GMO) yang kaya dengan Isoflavon yang membantu pulihkan hormon wanita dengan mengeluarkan darah kotor dan menggantikan dengan protein yang diperlukan.
  • Mereka yang Berpuasa - Kandungan protein yang terdapat dalam ESP dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa. Sebab itu, mereka yang mengambil ESP semasa bersahur akan sentiasa bertenaga dan tidak lesu. 

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan lain jika mengamalkan ESP ni . Antaranya:

1. Mempercepatkan penyembuhan luka.
2. Anjalkan payudara dan punggung.
3. Mengatasi gastrik dan pedih ulu hati.
4. Merendahkan bacaan diabetis dengan merendahkan paras glukosa.
5. Menyihatkan rambut dengan mengatasi masalah rambut gugur.
6. Mencantikkan kuku.
7. Menghaluskan/ memperbaiki tumit pecah.
8. Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang/ osteoporosis.
9. Membantu mengurangkan risiko kanser.
10. Antioksidan.
11. Menguatkan sistem imun tubuh.
12. Memelihara kesihatan jantung.
13. Merendahkan paras kolestrol.

NON-GMO (NON-GENETICALLY MODIFIED ORGANISM)




Serbuk ESP Shaklee adalah sumber protein berkualiti tinggi berasaskan kacang soya Non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu yang rendah. ESP telah diiktiraf oleh pakar di seluruh dunia kerana ia telah menjalani kajian klinikal yang paling banyak.

Daripada benih sehinggalah proses penyimpanannya, Shaklee hanya menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang bagusnya jika soya ESP Shaklee ni adalah soya Non-GMO?

Sebab itulah suatu ketika ada khabar angin mengatakan kononnya soya ni produk Israel yang boleh menyebabkan kemandulan lah, yang boleh menyebabkan kanser lah dan macam-macam lagi keburukkan soya yang disebarkan.

Sebenarnya bukan soya yang jadi penyebab kepada semua keburukkan ni. Jika soya mendatangkan keburukkan, kenapa orang Jawa tetap sihat je makan tempe yang sememangnya diperbuat daripada soya setiap hari sejak berpuluh-puluh tahun.

Bahkan sihat dan bijak lagi. Kulit mereka pun kelihatan gebu je. Takde masalah pun jika nak makan tempe hari-hari. Saya sendiri pun seorang penggemar tempe lebih-lebih lagi Sambal Tempe..perghh! Lapar pulak perut ni hihi.

KEBURUKAN SOYA GMO




Produk Soya GMO ialah produk yang berasaskan soya di mana soya yang digunakan telah diubahsuai genetiknya sehingga serangga pun tidak barani nak makan. Pengubahsuaian inilah sebenarnya yang menyebabkan alergik, toxin dan potensi kanser.

Oleh kerana soya GMO ni serangga tak kacau, maka jumlah pengeluaran pun akan banyak jadi keuntungan akan berlipat-ganda. Sebab itu pihak pengeluar berani menjual dengan harga yang sangat murah.

Sebagai pengguna yang kurang bijak, memang sangat malang kerana akan terus-menerus makan produk-produk GMO ni. 

Kalau kita pergi kat mana-mana pasaraya sekarang ni memang terdapat banyak produk-produk GMO terutamanya berasaskan soya dan jagung. 

Jadi lepas ni kenalah jadi seorang pengguna yang bijak ye! Kalau nak beli produk berasaskan soya atau jagung pastikan beli yang bertanda Non-GMO.

Jangan beli sesuatu produk tu disebabkan harga yang murah, sedap dan nak dapat Free-gift je. Hargailah kesihatan tubuh badan kita.

ESP PROTEIN SOYA TERBAIK DI DUNIA

Bertuah rasanya kerana dapat merasa soya yang semestinya berkualiti tinggi. Harganya pun memang sangat mampu untuk dimiliki.

Tidak hairan jika ESP ni menjadi hot item. Keluarga saya sendiri akan menggunakan ESP ni sekurang-kurangnya dua canister sebulan. 

Sebab tu lah bila ada promosi saya akan beli terus 6 dapat percuma 1. Jimat untuk penggunaan 3 bulan. Sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk cuba ESP hari ini! Anda pasti suka. Buatlah pilihan bijak dengan mengambil sumber protein daripada soya Non-GMO.  



INGIN MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN KELUARGA?

Sila Hubungi Saya Untuk:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Thursday, February 12, 2015

PENTINGNYA WARMING UP DAN COOLING DOWN SEMASA BERSENAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Noona Ash. Saya doakan semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Jom kita baca berkenaan topik di atas.

Secara umumnya, tidak semua di kalangan kita tahu dan arif berkenaan senaman atau latihan jasmani dan kaitannya kepada tubuh badan kita. Selama ini, kita hanya bersenam mengikut keperluan dan kehendak kita dan berhenti apabila berasa letih dan tak larat.

Tapi, tahukah kita bahawa pentingnya Warming Up dan Cooling Down sebelum dan selepas bersenam? Apa pulak yang dimaksudkan dengan Warming Up dan Cooling Down?



Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang pernah saya pelajari berkenaan kepentingan Warming Up (pemanasan tubuh) dan Cooling Down (penyejukkan badan) sebelum dan selepas kita melakukan sesuatu senaman atau latihan jasmani.

Warming Up dan Cooling Down adalah satu aktiviti yang wajib dilakukan semasa sesi senaman (Workout). Walaupun ianya nampak sangat simple tapi ia sangat penting. Ini kerana, apabila kita melakukannya sebelum dan selepas kita bersenam maka risiko untuk mengalami kecederaan semasa kita bersenam dan sakit-sakit badan selepas bersenam dapat dielakkan.

Warming Up


Merupakan proses pemanasan badan sebelum kita melakukan senaman. Ia dilakukan bagi memastikan tubuh badan kita berada di dalam keadaan bersedia untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan jantung, sendi dan otot.






Kepentingan melakukan warming up adalah untuk:
  • Menaikkan tingkat energi yang dikeluarkan oleh metabolisme tubuh.
  • Mengurangkan ketegangan pada otot.
  • Mempercepatkan perjalanan signal saraf yang memerintah pergerakkan tubuh.
  • Meningkatkan pertukaran oksigen dalam hemoglobin.
  • Memudahkan otot-otot berkontraksi dan rileks dengan cepat dan efisyen.
  • Meningkatkan keupayaan (kapasiti) kerja fizik.
Prosedur:
  • Lakukan lebih kurang 5-10 minit.
  • Gerakkan sendi dan otot bermula dari kepala hingga kaki.
  • Untuk aktiviti berlari, lakukan berjalan pantas selama 5-10 minit.
  • Lakukan sehingga berpeluh sedikit tapi jangan sampai kepenatan!

Cooling Down


Merupakan proses penyejukkan badan yang wajib dilakukan selepas kita melakukan aktiviti fizikal. Perlahankan pergerakkan fizikal yang dilakukan selama 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. 

Kebiasaannya ramai yang ambil mudah bab-bab cooling down ni. Sebab itu badan dan otot mudah berasa sakit. Selepas bersenam, terus pergi menjamu selera ataupun balik rumah, betul tak? 






Kepentingan Cooling Down:

  • Mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara beransur-ansur.
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Mengurangkan kelesuan otot.
  • Meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen.
  • Menurunkan paras degupan jantung dan pernafasan ke paras normal.
  • Mengelakkan rasa pening.

Prosedur:

  • Lakukan lebih kurang 5-10 minit.
  • Ulang semula aktiviti semasa warming up. Lakukan dari bahagian kaki hingga kepala.
  • Pastikan semua anggota badan terlibat bagi mengelakkan otot kelesuan dan cedera.
  • Pastikan setiap regangan dilakukan selama 10-15 saat.

Oklah..harap ilmu yang saya sampaikan ni bermanfaat kepada anda. Semoga selepas ni anda semua dapat melakukan senaman dengan cara yang betul dan selamat.

Jom amalkan cara hidup sihat! Anda terpaksa hidup dengan sihat..Aamiin.

************************************************************************************************************

Anda ada masalah berat badan? Berminat untuk turunkan berat badan dengan cara mudah dan selamat? Jom baca Buku Now Everyone Can Kurus yang mengandungi Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dalam masa 100 hari atau hubungi saya 019-2481979 (Ash) untuk keterangan lanjut.


Nak baca PERCUMA?

Sila download di sini: bit.ly/neckfullversion


************************************************************************************************************
Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.





Thursday, January 22, 2015

VITA-LEA FOR CHILDREN: MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK

Assalammualaikum,
Saya sentiasa doakan pembaca blog Noona Ash sihat dan ceria selalu dan sentiasa dirahmati Allah SWT hendakNya.

Pernah nampak tak botol ni kat mana-mana cawangan Shaklee? Jika sesiapa yang dah join Shaklee selama 3 tahun pasti dah kenal. Tapi, bagi mereka yang baru join Shaklee dalam 2 tahun kebelakangan ni, mesti belum kenal kan? Macam saya jugak hehe..

Multivitamin Shaklee yang dirumus khas untuk kanak-kanak

Vita-Lea for Children

Sejujurnya, saya masih hijau lagi dalam Shaklee ni. Saya join Shaklee pada Mei 2014 dan sudah tentu saya tak pernah lagi nampak Vita-Lea for Children ni. Dengar cerita Vita-Lea for Children diberhentikan pengeluarannya buat sementara waktu kerana pihak Shaklee nak mengimprovasi (menambahbaik) multivitamin ni.

Seperti biasa, proses kelulusan daripada Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil halal terpaksa dilakukan semula. Sudah tentu ia akan megambil masa yang lama.

Now is back with improved formula!!

Kini, Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak telah kembali semula di pasaran pada 1 Januari 2015. Yang pastinya with Improved Formula! 

Kenapa Vita-Lea For Children?


Makanan ringan banyak mengandungi perasa dan pewarna tiruan


Kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang untuk tumbesaran yang sihat, aktif dan bijak. Namun begitu, kanak-kanak tetap kanak-kanak..jajan (makanan ringan) jugalah pilihan mereka. Manalah mereka faham tentang keburukan makanan ringan, yang mereka tahu makanan tu kena dengan citarasa mereka. Memang agak susah nak bagi makanan seimbang yang mengikut selera mereka.

Jadi bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini? Jawapannya sudah tentu Vita-Lea for Children.

Kenapa pulak?

Kenapa Multivitamin Perlu untuk Kanak-Kanak


Vita-Lea for Children mengandungi 18 jenis Vitamin dan Mineral

Seiring dengan pembangunan yang pesat, maka alam persekitaran pun semakin tidak sihat. Pencemaran berlaku di sana-sini. Adakah anak-anak kita membesar dengan suasana yang sihat? Zaman kita dulu lainlah..

Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya akui bahawa kekangan waktu menyebabkan saya kurang mempunyai masa untuk menyediakan makanan yang dimasak sendiri di rumah untuk suami dan anak-anak. Jadi, jalan pintas untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan membeli makanan segera yang memang mudah diperoleh. Hanya menggunakan talian telefon atau internet, makanan dah siap dihantar sampai depan pintu rumah.

Kadang-kadang terfikir jugak, cukup ke nutrien yang saya bagi kepada anak-anak. Di kantin sekolah sudah tentu mereka disajikan dengan pelbagai hidangan fast food. Nugget, kentang goreng, hot dog dan seangkatan dengannya sudah pasti menjadi pilihan mereka.

Saya percaya, korang sebagai ibu bapa mesti mengalami perkara yang sama macam saya, kan?  

Sebab itulah kita kena pastikan anak-anak mendapat zat dan nutrien yang mencukupi setiap hari untuk melengkapkan proses tumbesaran mereka. Lebih-lebih lagi macam saya yang mempunyai anak yang menghidap Aczema (Alahan Kulit).

Keistimewaan Vita-Lea for Children
  • Sumber Kalsium untuk pembinaan tulang.
  • Baik untuk kesihatan.
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B.
  • Dari sumber semulajadi tanpa pengawet dan perasa tiruan.



Vita-Lea for Children mengandungi semua khasiat makanan seperti dalam 
Gambarajah di atas


Rasa-rasanya nak tak anak-anak kita makan semua benda yang ada di dalam Gambarajah di atas tu? Selalu ke ada masa  nak prepair benda-benda tu? Sudah tentu tak le kan..

Bila kekurangan nutrien, sistem imun badan pun mulalah lemah. Sebab tu le asyik kena demam, selsema, batuk dan sebagainya. Setiap kali tu, mesti kena pergi klinik. Kos sekali pergi klinik pula bukannya murah, maklumlah harga ubat-ubatan pun dah naik.

Kesian anak-anak..dari kecil sampai besar asyik diberi ubat-ubatan (berasakan dadah) setiap kali sakit. Kesan jangka panjang kita tak tahu. Contohnya saya yang selalu amalkan antibiotik setiap kali Tonsilitis menyerang hinggakan kuman pun dah imun. Cukuplah kita jer yang merasa..

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan penting bagi memastikan keperluan nutrien harian anak-anak mencukupi. Dengan adanya multivitamin ni, dapatlah membantu melengkapkan (bukan menggantikan) nutrien harian mereka.


Fungsi Vita-Lea for Children

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
  • Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan seharian.
  • Meningkatkan sistem imunisasi.
  • Mengekalkan tekanan darah dan degupan jantung yang normal.
  • Memberi perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi kesihatan jantung, otot dan saraf.
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata.
  • Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat.
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia.
  • Membantu memulihkan selera makan dan membantu proses pencernaan.
  • Membantu penyerapan zat dari makanan.
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda.
  • Mencegah penyakit Beguk (Tiroid)

Kelebihan Vita-Lea for Children Shaklee

Jom kita lihat jenis-jenis vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea for Children ni.


Penambahbaikan daripada kandungan sebelumnya

Kenapa Mesti Pilih Multivitamin Shaklee


Perbezaan multivitamin Shaklee dengan jenama lain..

 Lihat jadual ini dan buat perbandingan

Patut ler multivitamin ni lambat sangat nak ada balik..rupa-rupanya Shaklee nak pastikan ia adalah yang terbaik.

Jadi jangan risau, Vita-Lea for Children ni selamat untuk dikunyah tanpa was-was kerana ia tidak menyebabkan kaviti (penyebab kerosakan gigi). Pemanis yang digunakan adalah semulajadi (Xylitol). Didatangkan dengan perisa anggur yang pasti membuatkan anak-anak suka. Yang penting ianya 100% daripada sumber semulajadi dan Gluten Free!

Promosi SUPERB!!

Wow..ada promosi ke?



Ya..kalau nak tau awal tahun ni baru launching semula selepas hampir 3 tahun menyepi, Vita-Lea for Children terus buat promosi SUPERB!!

Dengan pembelian 3 botol, anda layak dapat PERCUMA 1 botol.

Kebiasaannya, Shaklee kalau buat promosi mesti beli 6 baru dapat percuma 1. So, memang tawaran super SUPERB le ni.

Bagi anda yang masih tercari-cari multivitamin yang sesuai untuk anak-anak anda, saya syorkan cubalah Vita-Lea for Children. Anda pasti berpuas hati.

Saya memang tidak lepaskan peluang untuk memberikan multivitamin ini kepada anak-anak saya memandangkan mereka bersekolah dua sesi sehari iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sudah tentu ia meletihkan. Jadi dengan adanya multivitamin ini, badan mereka akan sentiasa bertenaga dan tidak mengantuk serta senang untuk menerima pelajaran di sekolah.

Bagi kami sebagai ibu bapa, memastikan kesihatan anak-anak adalah merupakan satu pelaburan yang berbaloi kerana apabila melihat mereka sihat dan ceria, kita pun akan jadi gembira dan hati akan tenang. Tak guna kita bekerja siang dan malam tetapi kita berkira wang ringgit semata-mata untuk kebaikan mereka.

Kalau nak tahu..dengan kemunculan semula Vita-Lea for Children ni, maka lengkaplah set vitamin untuk anak-anak saya. Set untuk kanak-kanak ni terdiri daripada MEALSHAKES, OMEGA GUARD, CHEWABLE VITA-C PLUS & VITA-LEA FOR CHILDREN.



Anak-anak anda pula bagaimana?

INGIN MEMASTIKAN ANAK-ANAK ANDA SENTIASA SIHAT?
INGIN MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN KELUARGA?

Sila Hubungi Saya Untuk:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!





Tuesday, January 20, 2015

NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)! EBOOK PERCUMA!!

Assalammualaikum buat pembaca blog Noona Ash..harap semua sihat belaka.

Pada tarikh 13 Januari 2015, group kami telah melancarkan sebuah eBook Now Everyone Can Kurus. Tujuan eBook ini dihasilkan adalah untuk membantu memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana cara menurunkan berat badan dengan mudah dan secara sihat.

Alhamdulillah, semenjak eBook ini dilancarkan..sudah hampir 30 orang yang berminat dan memberikan feedback yang memberansangkan. Kata mereka ebook ini memang SUPERB!!

Untuk pengetahuan semua, fenomena eBook Now Everyone Can Kurus ni memang sangat-sangat menakjubkan. Ini kerana dalam masa 2 hari sahaja selepas ia dilancarkan lebih darpda 10 000 telah ditempah dan diedarkan. 

Nak tahu sebab apa eBook ni menjadi fenomena?

Ini kerana ia merupakan kisah benar yang dikongsikan oleh penulis sendiri tentang bagaimana beliau dapat menurunkan berat badan beliau sebanyak 11.5kg dalam masa 100 hari.


Selain itu, gaya penulisan eBook ini sangat santai serta mudah difahami. Tips-tips bagaimana beliau menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar dan bersenam teruk memang sangat mengujakan. Maklumlah, bukan semua orang tahan bila tak jumpa nasi kan? Lebih-lebih lagi kita ni tekak orang Malaysia.

Teknik yang beliau amalkan juga ternyata berkesan dan telah membantu ramai orang berjaya menurunkan berat badan mereka sebanayak 10kg sehingga 16kg dalam masa 100 hari.

Mereka ini mengamalkan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus!


CARA UNTUK MENDAPATKAN EBOOK NI

Ada 2 cara jika anda ingin dapatkan eBook ini.

Cara Pertama: 

Anda boleh buat belian RM10
Masukkan ke Akaun:
Maybank 164539012448
Asainah bt Larapiu
ashdnor@gmail.com

ATAU

Cara Kedua:

Dapatkan eBook ni secara percuma. Caranya:
Sila tekan button SHARE sebelum download (diwajibkan kerana ini amanah untuk anda daripada penulis supaya akan ramai lagi yang dapat manfaat)

Selepas membuat pembayaran RM10/ SHARE. Sila download eBook ini di sini:

www.noweveryonecankurus.com/asainah


TUJUAN EBOOK INI DITULIS & DIEDARKAN

Tujuan eBook ini ditulis dan diedarkan adalah disebabkan kesedaran kami terhadap cara hidup rakyat Malaysia yang kebanyakkannya mengalami masalah kegemukan serta obesiti. Statistik juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang paling tinggi di Asia mempunyai rakyat yang obesiti.

Sebab itu eBook ini diberi secara PERCUMA sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan yang prihatin dengan masalah ini dan ingin mengajak rakyat Malaysia supaya mengamalkan cara hidup sihat.

Ramai yang sedia maklum bahawa masalah kegemukan boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit. Ini kerana gaya hidup kita yang suka makan tetapi kurang bersenam.

Ada yang nak kurus tapi masih juga tak kurus-kurus..kenapa ye?
"Dah makan macam-macam ubat kurus tapi tak kurus jugak.."

Ada yang cuba bandingkan diri dengan orang lain.
" Aku rasa badan aku ni takdelah gemuk sangat kalau nak dibandingkan dengan badan dia tu.."

Ada juga yang cuba sedapkan hati sendiri..
"Alahh..tak kisah ler kalau aku gemuk pun..janji bahagia.."

Bahagialah sangat! Kalau badan dah kena macam-macam penyakit, bahagia jugakah?

Sudahkah anda bersedia meninggalkan orang-orang yang disayangi? Bersediakah nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil, yang masih perlukan kasih sayang anda?

Tepuk akal tanya minda..renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah..memang ajal dan maut itu ketentuan Ilahi tapi sejauh mana usaha kita untuk hidup secara sihat.

Sebab itu, saya mohon jasa baik anda para pembaca NoonaAsh.Blogspot.Com supaya bantu kami dengan klik button SHARE di bawah ini. Dengan berbuat demikian semoga kita dapat membantu rakyat Malaysia supaya dapat jadi kurus dan sihat.

Mungkin ada di antara rakan-rakan kita di luar sana berjaya menurunkan berat badan mereka dan hidup  lebih sihat disebabkan perkongsian eBook ini. 

Semoga eBook ini bermanfaat dan dapat membantu ramai orang disekeliling kita, In Sha Allah.

Selamat Membaca!

Asainah bt Larapiu
"Now Everyone Can Kurus"
"Jom Kurus & Sihat"






Monday, January 5, 2015

Perlukah Ada Azam Tahun Baru?

Assalammualaikum kepada para pembaca yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT sekalian. Alhamdulillah, dapat kita bertemu semula dalam entri kali ini. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat terutamanya di awal tahun baru 2015 ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya meengucapkan 'Selamat tahun Baru' kepada kalian semua. Mood mesti dalam keadaan bersemangat dan berkobar-kobar kan?



Sinonimnya setiap kali menjelang tahun baru, perayaan atau pesta bagaikan satu kemestian bagi menzahirkan perasaan keterujaan terhadap tahun baru yang akan tiba. Maka bermacam-macam le bentuk keraian yang diadakan di seluruh dunia.  Namun ia bukanlah bermakna bahawa kita dimestikan atau dilarang sama sekali untuk melakukan apa-apa acara atau sambutan bersempena menjelangnya tahun baru ini. Islam juga turut memberi panduan kepada kita sebagai umatnya iaitu apabila menjelang tahun baru, disunatkan untuk dimulai dengan bacaan doa menjelang akhir tahun dan juga doa menjelang awal tahun, diikuti bacaan surah Yasin dan solat hajat, sebagai persiapan untuk menyambut tahun baru.

Secara umumnya, ketibaan tahun baru  menandakan peralihan masa dan peredaran zaman yang menjadikan hari ini kepada semalam dan peristiwa semalam yang telah berlaku itu akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. Namun apa yang lebih signifikan dari itu adalah persediaan diri kita untuk belajar, menterjemah dan seterusnya memperbaiki keadaan diri sebagai seorang insan, seorang individu dalam kelompok sosial dan lebih-lebih lagi sebagai seorang makhluk Tuhan.

Apa itu Azam?



Azam merupakan matlamat yang menjadi impian seseorang. Impian ini bukan angan-angan kosong, tetapi seharusnya adalah hasrat dan keinginan yang realistik. Hasrat yang realistik ini pula bergantung kepada sikap yang optimistik serta perancangan dan perlaksaan yang rapi. Persoalan lain timbul apabila terdapat mereka yang berazam, namun disudahi dengan kegagalan. Memang wujud perbezaan antara orang yang gagal dengan mereka yang berjaya walaupun mempunyai azam dan semangat yang berkobar-kobar. Betapa ramai juga individu yang merancang tetapi merancang untuk menjadi gagal, walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang mahukan kegagalan. Namun pada asasnya, individu yang berjaya adalah mereka yang bukan semata-mata merancang, tetapi juga melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan. Tujuannya ialah agar memperolehi hasilnya dalam jangkamasa yang tertentu, di samping sentiasa memperbetulkan strategi sekiranya terdapat gangguan yang boleh mencetuskan kegagalan.

Perlukah Azam Tahun Baru?



Oklah..berbalik kepada tajuk utama kita 'Perlukah Ada Azam tahun Baru? Ya! Bagi saya ia perlu..Kenapa? Sebagai seorang individu, kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa juga mahu maju ke hadapan dalam melakukan apa saja perkara yang baik. Sebagai umat Islam pula, kita digesa untuk sentiasa bermuhasabah dengan memperbaiki diri dan amalan dalam kehidupan. Ini kerana seorang individu muslim yang baik adalah mereka yng sentiasa berusaha untuk menjadi individu yang terbaik, di mana amalan dan kehidupannya pada hari ini lebih baik daripada yang semalam, manakala kehidupan pada keesokan pula seharusnya lebih baik daripada hari ini.

Cara  untuk Mencapai Matlamat yang Diingini 



1. Kesedaran untuk berubah. 

Seseorang itu perlu menyedari mengapa ia perlu berubah. Contoh paling mudah, seorang perokok tidak mungkin berhenti merokok sekiranya ia tidak menyedari kemudharatan atau kemanfaatan berhenti merokok, lebih-lebih lagi jika ia telah sebati sekian lama dalam dirinya. 

2. Kesanggupan untuk berubah.

Terdapat ramai individu telah sedar dan ingin berhenti merokok tetapi tidak atau belum sanggup lagi untuk berhenti meninggalkannya kerana pelbagai faktor, antaranya tidak sanggup untuk meninggalkan kenikmatan subjektif merokok.

3. Berniat tegas untuk berubah dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.

Pasang niat dalam hati untuk berubah dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Contohnya nak turunkan berat badan dalam masa 3 bulan. Dalam jangka masa tersebut kena bertegas untuk mengekalkan pengambilan makanan seimbang dan bersenam 3 kali seminggu.

4. Patuh kepada niat dan azam.

Tindakan bahawa perubahan di atas dilakukan dalam tempohnya dan perubahan tersebut kelihatan benar-benar berlaku.

5. Pemantauan.

Akhir sekali, proses pemantauan terhadap tindakan pematuhan bagi memastikan sama ada pematuhan itu berlaku, diabaikan, ditangguhkan, dituruti atau sebagainya, agar tidak menyeleweng dari azam sebenar iaitu untuk berubah menuju kebaikan.

Azam, Usaha, Doa dan Tawakkal



Tapi, kebanyakkkan individu pada hari ini akan berkobar-kobar dengan azam baru hanya pada awal tahun sahaja dan selepas itu azam entah melayang ke mana hala, betul tak? Sebenarnya apa-apa pun yang kita azamkan atau impikan sama ada nak berjaya, nak jadi lebih baik, nak kurus, nak sihat waimah apa sekalipun mestilah diiringi dengan usaha yang gigih dan berterusan. Kalau setakat berazam je tapi tak diusahakan dengan bersungguh-sungguh ibarat menunggu bulan jatuh ke riba je takde maknanya. Baik kita samakan je diri kita dengan si Mat Jenin! 

Selain itu, berdoa dan bertawakkallah banyak-banyak kepada Allah SWT semoga apa yang kita usahakan selama ini akan berjaya dan diberkati olehNya..Inshaa Allah. Semoga secebis coretan saya ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menyedarkan kita supaya bangun daripada mimpi-mimpi indah yang selama ini kita ciptakan. Jadikan mimpi -mimpi tersebut  sebagai satu kenyataan..Buktikan! Wallahualam.  

#################################################################


Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

Business Opportunity with Shaklee
&
Free Consultation

ASAINAH BT LARAPIU
SID NO: 1170361
HP: 019-2481979 (CALL/WHATSAP)
E-MAIL: ashdnor79@gmail.com
FACEBOOK: Ash D'Nor