This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, February 11, 2016

WAH! USIA NOW EVERYONE CAN KURUS DAH SETAHUN, AKU MAINTAIN KURUS!

Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog Noona Ash. Salam sayang untuk anda semua yang tetap setia bersama saya.

Sebelum saya meneruskan entri ini, saya nak minta maaf dahulu sekiranya ada yang rasa tajuk kali ini agak 'poyo' tapi cerita yang saya nak kongsikan ni adalah benar belaka hehehe. Harap anda baca dulu sampai habis ok.



Untuk pengetahuan semua, tanggal 1 Februari 2016 merupakan ulang tahun yang pertama program Now Everyone Can kurus (NECK). Kiranya bulan Februari ni bulan Anniversary untuk program NECK le.

Ini bermakna dah setahun juga saya bersama-sama dengan program NECK di mana saya bermula sebagai seorang peserta program NECK Batch 1. Kemudian saya terpilih sebagai krew yang dipertanggungjawabkan untuk membantu coach dalam membimbing para peserta NECK di batch seterusnya sehingga mereka berjaya menurunkan berat badan.

Kalau anda masih tak tahu atau tak faham apa itu program NECK sila klik di sini.


KEKAL KURUS DAN SIHAT

Kata orang untuk mendapatkan sesuatu kejayaan tak mustahil jika kita berusaha bersungguh-sungguh. Tetapi nak mengekalkan kejayaan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika kita lalai dan alpa dengan kejayaan tersebut.

Begitulah juga dalam usaha nak mengekalkan berat badan ideal. Nak menaikkan berat badan memang sangat mudah. Nak menurunkan berat badan pula perlukan semangat, kesabaran dan jiwa yang kental. Tetapi untuk mengekalkan berat badan adalah sangat mencabar kerana di tahap ini ramai yang gagal.

Memanglah seronok kan bila dah dapat semula berat badan yang ideal? Tapi pada tahap inilah ramai yang cenderung kembali kepada kegemukkan asal kerana mereka berasa dah tak perlu jaga pemakanan dan senaman bila dah kurus (comfort zone).

Bagi saya, walaupun dah mencapai berat badan ideal tetapi saya tetap terus amalkan cara hidup secara sihat bagi memastikan berat badan saya maintain. Tambahan pula sekarang ni kita mudah terdedah dengan pelbagai penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan yang tidak sihat serta kurangnya bersenam.

Sebab itulah saya masih jaga pemakanan dan lakukan senaman mengikut keperluan kalori harian saya seperti yang disarankan semasa dalam program NECK setahun yang lalu. Bila rasa terlebih pengambilan kalori dalam sehari tu maka secara automatik saya akan counter balik dengan bersenam dan biasanya HIIT Training adalah pilihan saya. Sebab itu berat badan saya tak lari dari angka 65kg hingga 66kg.

Alhamdulillah dengan menjaga pemakanan 70% dan senaman 30%, ia adalah kunci utama kepada kejayaan saya mengekalkan berat badan sehingga ke hari ini.



Baru je sebulan lebih tamat program NECK Batch 1
masa ni berat cecah 63.8kg sebab bulan puasa.


Awal Januari 2016 berat 65kg. Baju uniform ni yang ditempah 7 tahun lepas 
baru dapat pakai untuk kali pertama huhuhu.


Gambar kiri: Semasa baru hari ke-7 program NECK
Gambar kanan: Gambar terkini dengan T-Shirt size M.




Senaman menjadi rutin harian ataupun hujung minggu sama ada 
di rumah, gym atau taman tasik..pelbagaikan.


Sentiasa aktif bersama-sama rakan seperjuangan dalam NECK di dalam apa jua aktiviti yang sihat. Gambar semasa mendaki Bukit Broga, 
Aerodance dan SJ Run 2015.



Baju kurung, skirt dan seluar jeans yang dulu tak boleh pakai kini dah muat dengan jayanya..yang terharu seluar jeans tu adalah seluar zaman anak dara dibeli 13 tahun lalu.


Dah berani berfesyen kerana sebelum ni kurang keyakinan diri.


Ada yang tanya saya kenapa saya tak turunkan berat badan saya sehingga mencecah 58kg atau 60kg. Sebenarnya masa bujang dan baru berkahwin itulah berat badan saya. Tapi saya rasa cukuplah dengan berat saya sekarang ni dengan BMI 23 yang dianggap tak gemuk dan tak terlalu kurus. Berat saya cecah 64kg pun dah ramai yang kata saya kurus sangat dan ada pula tu kata saya sakit huhuhu.

Bagi saya asalkan badan saya sihat dan dapat melakukan aktiviti harian dengan cergas merupakan satu perkara yang sangat memuaskan. Maklumlah sebagai seorang anggota tentera saya memang sentiasa terdedah dengan aktiviti lasak yang memerlukan stamina yang mantap.

Alhamdulillah dengan menyertai NECK dan tetap mengamalkan ilmu yang diajar banyak membantu saya untuk terus kekal bertenaga. Inshaa Allah saya akan tetap mengamalkan cara hidup sihat sampai bila-bila.


Aku yang dulu..dah macam makcik-makcik kan?

Jika anda berminat untuk menyertai program Now Everyone Can Kurus , anda boleh hubungi saya Asainah (Ash) di 019-2481979 sama ada melalui WhatsApp ataupun Telegram untuk maklumat lanjut.



Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.




Tuesday, January 12, 2016

KENAPA NOONA ASH?

Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog Noona Ash..(Sila jawab salam kang dosa hehe).

Noona Ash? 
Macam mana nak sebut ye? Nona Ash, No'ona Ash atau Nuna Ash?
Dan apa pulak maksudnya? 

Disebabkan ramai yang keliru maka jom saya terangkan.

ASAL PERKATAAN "NOONA ASH"

Kalau nak tahu sebutan yang betul adalah "Nuna Ash" tapi saya modenkan ejaan "Nuna" kepada "Noona". 

Untuk pengetahuan korang perkataan "Nuna" (누나) adalah berasal dari bahasa Korea yang membawa maksud kakak perempuan iaitu gelaran yang digunakan oleh adik lelaki. 

Manakala "Unni" (언니) juga bermaksud kakak tetapi kebiasaannya digunakan oleh adik perempuan untuk memanggil kakaknya atau kenalan perempuan yang lebih tua daripadanya.

MAKSUD NOONA ASH

Noona Ash membawa maksud Kakak Ash. Ash adalah nama panggilan saya di kalangan rakan-rakan yang rapat dengan saya. 

Saya adalah anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan ketiga-tiga orang adik saya semuanya lelaki. Jadi, memang sesuailah saya gunakan perkataan Nuna berbanding Unni kan?

Lagipun saya memang peminat tegar drama Korea atau pun rancangan TV Korea macam Roomate dan Running Man hihihi.

ADIK- BERADIK SAYA


Saya

Inilah saya Asainah binti Larapiu aka Noona Ash..anak sulung atau kak long tapi bukan kak long kawasan ye! Dah berkahwin dan dah ada dua orang anak iaitu sepasang lelaki dan perempuan. Bekerja sebagai seorang anggota tentera. Macam tak percaya kan?


Awang

Ini adik saya yang nombor dua maknanya bawah saya le. Nama sebenar dia Muhaidi bin Larapiu. Nama Awang tu adalah nama panggilan di kalangan keluarga kami dan juga mereka yang rapat dengan dia.

Sudah berumahtangga dan telah dikurniakan dua orang anak lelaki setakat ini. Adik saya ni menetap di Sandakan dan menjalankan perniagaan kedai dobi. Kalau sesiapa yang datang ke Sandakan dan memerlukan khidmat dobi bolehlah berkunjung ke Blossom Laundry yang terletak kat Bandar Letat Jaya.


Zharif

Yang ini adik bongsu saya. Nama dia Mohd Zharif bin Larapiu. Kitorang dulu panggil dia Adik tapi macam dah tak sesuai pulak kan jadi sekarang kitorang panggil je Zharif.

Bertugas sebagai Engineer di sebuah kilang memproses kelapa sawit yang terletak di daerah Kunak. Adik saya yang ni pun dah mendirikan rumah tangga tetapi belum lagi dikurniakan anak.

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa saya tak cerita tentang adik ketiga saya. Sebenarnya adik saya yang nombor tiga telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1986 di usianya baru setahun lebih.

Nama arwah ialah Muhaizat bin Larapiu atau nama panggilannya Dell. Walaupun hayatnya amat singkat tetapi kenangan manis bersama arwah tetap tersimpan kemas di dalam ingatan (tiba-tiba mata masuk habuk). Semoga roh arwah sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT. Al-Fatihah.

Demikianlah serba-sedikit perihal adik-beradik saya yang bersangkut-paut dengan "Noona Ash". 

Harap semuanya dah jelas.




Monday, December 21, 2015

NOW EVERYONE CAN KURUS: Mudahnya Nak Kurus Guna Formula M.E.S.T.I

Assalammualaikum,

Salam ceria diucapkan kepada para pengunjung blog Noona Ash.

Saya doakan semoga anda semua sentiasa di bawah rahmat Allah swt.

Oklah, kali ni saya nak berkongsi tips bagaimana saya dan semua peserta program Now Everyone Can Kurus (NECK) dapat menurunkan berat badan dengan mudah.

Sebelum tu saya nak bercerita sikit, kebelakangan ni tak kiralah kat Facebook, Whatsapp Group ataupun kat mana-mana aplikasi berbual ramai yang mengadu kepada rakan-rakan badan mereka dah gemuk. Ada antara mereka yang tertanya-tanya kenapa susah sangat nak turunkan berat badan? Kenapa susahnya nak istiqomah dalam berdiet?

Ada yang cakap diorang dah banyak kali cuba untuk menurunkan berat badan tapi tetap tak berhasil. Ubat kurus tak perlu cakap le dah macam-macam mereka cuba. Hasilnya memang berat badan turun tapi sikit je, lepas tu naik semula dua kali ganda..

Di sini apa yang boleh saya katakan..sangat KESIAN!

WAJIB ADA KESUNGGUHAN JIKA NAK KURUS



Anda kena ingat, kalau orang lain mencuba dan terus mencuba berkali-kali untuk menurunkan berat badan tanpa berputus asa tapi kenapa anda yang baru dua hingga tiga kali mencuba dah cepat putus asa?

Nak menurunkan berat badan perlukan keyakinan, keazaman dan pengorbanan. Pernah tengok kan bayi yang baru nak mula berjalan? Boleh tengok perkembangannya macam mana. Mula-mula dia bertatih dulu itu pun asyik jatuh lepas tu bangun semula. Tapi bayi tak pernah "GIVE UP", dia akan terus bertatih dan bertatih sehingga dia dapat berjalan dengan laju sehingga akhirnya boleh berlari.



Inilah yang "Mat Salleh" selalu kata "PRACTICE PERFECT MAKE PERFECT".

Nampak tak? Betapa kuatnya semangat bayi tersebut jika dibandingkan dengan kita yang dah dewasa ni. Cepat sangat mengalah. Cepat sangat give up.

ANDA NAK KURUS SEBAB APA?

Sebenarnya nak kurus pun kena lihat NIAT kita tu. Adakah anda nak kurus disebabkan pandangan mata orang lain? Adakah kerana nak puaskan diri anda sendiri? Adakah kerana suami/ isteri? Adakah kerana Allah SWT? Atau sebab nak hidup secara sihat?




Pengakuan peserta yang berasa semakin sihat dan ingin sihat 
bila menyertai program NECK

Kena ingat ye, nak kurus pun kena ada REDHA daripada Allah SWT. Kenalah selalu mohon kepadaNYA dalam setiap doa kita. 

Saya dan semua peserta NECK pun bukan seminggu dua boleh turunkan berat badan. Kami juga ambil masa sekurang-kurangnya sebulan hingga dua bulan untuk menampakkan hasil. Sokongan orang di sekeliling amat diperlukan. Formula M.E.S.T.I. memang sangat membantu kami.

APA ITU FORMULA M.E.S.T.I.





Formula M.E.S.T.I. adalah 5 elemen penting dalam kejayaan kami menurutkan berat badan. Ia terdiri daripada MENTOR, ELMU, SOKONGAN, TINDAKAN dan IMPIAN.

Sebab itu para peserta NECK sangat mudah menurunkan berat badan dan mencapai target berat badan ideal mereka hanya dengan mengamalkan 5 elemen tersebut.

Nak kurus kena ada MENTOR iaitu cari orang yang akan membimbing dan mengajar kita cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Dalam program NECK, kami ada MENTOR iaitu Coach yang berpengalaman dalam membantu orang untuk kurus dan sihat. 




Abang Ketak a.k.a Coach

ELMU iaitu gabungan di antara EMOSI dan ILMU. EMOSI seseorang adalah sesuatu faktor pendorong untuk dia melakukan sesuatu perkara ataupun perubahan di dalam kehidupannya. Sesuatu perubahan yang akan dilakukan itu pula mestilah berlandaskan ILMU dan bukannya meng"khinzir" buta. Biasanya perkara inilah yang berlaku kepada kita, beremosi nak kurus sebab malu bila diejek orang sekeliling tetapi tiada ilmu bagaimana nak kurus dengan cara yang berkesan dan selamat. Inilah yang dikatakan BIG WHY!

SOKONGAN daripada orang di sekeliling kita juga amat penting. Ramai yang tak berjaya menurunkan berat badan disebabkan tidak mendapat sokongan daripada orang di sekeliling misalnya daripada keluarga ataupun rakan-rakan. Dalam program NECK, anda tidak dibiarkan hanyut berseorangan kerana akan ada coach, krew dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bagi semangat. Itulah kelebihannya bila anda menyertai program kurus secara berjemaah ni.  







Bersama Coach dan teman-teman seperjuangan dalam NECK

Semua perkara di atas tidak akan berjaya jika tidak disusuli dengan TINDAKAN. Nak kurus kena bertindak, bukan sekadar bercakap dan berangan-angan nak kurus. Bertindak segera! Bukan tunggu dan lihat, nanti orang lain dah berjaya kita baru terhegeh-hegeh nak mula. "FAST ACTION FAST RESULT"!

Setiap individu mesti mempunyai IMPIAN masing-masing. Cuma bagaimana cara mereka merealisasikan impian tersebut yang berbeza-beza. Biasanya bila kita berimpian maka secara automatik akan disusuli dengan TINDAKAN dan melakukan semua perkara di atas untuk mencapai impian tersebut.




Masa ni pasang IMPIAN nak kurus macam Nur Fathia hikhikhik..berangan kan percuma!

Begitulah juga jika anda berimpian nak kuruskan badan. Segeralah lakukan perkara di atas. Inshaa Allah ianya pasti berhasil kerana saya sendiri dan semua peserta NECK sudah berjaya melaluinya. 

ANTARA PESERTA YANG DAH BERJAYA


Inilah saya 
 Kak Dian
 Shiemz..memang gemuk dari zaman anak dara
 Bonda Embun..seorang warga emas
 Kak Ina..seorang pensyarah
 Kak Tun Azah..ibu kepada 8 orang anak
Gee..akak soljer macam saya hehe..

Macam mana? Rasa terbakar tak bila tengok kejayaan diorang?

Jika anda berminat untuk menyertai program Now Everyone Can Kurus , anda boleh hubungi saya Asainah (Ash) di 019-2481979 sama ada melalui WhatsApp ataupun Telegram untuk maklumat lanjut.

Saya doakan anda yang berazam untuk menurunkan berat badan supaya berjaya suatu hari nanti. Semoga anda kurus dan sihat! 



Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.




Friday, October 16, 2015

Projek "The Walking Beauty" - Miliki Spa Sendiri

Assalammualaikum, 

Saya doakan semoga anda yang mengunjungi blog Noona Ash ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.

PROJEK "THE WALKING BEAUTY"

Sebelum ini saya pernah mengikuti program Dr Azizan Osman. Dalam program tersebut, dia selalu tekankan,

" Jangan buat bisnes sebab nak kaya, tapi buat bisnes sebab nak bantu orang lain. Bantu permudahkan urusan orang lain dan nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita buat bisnes sebab ini, jangan risau..kita terpaksa kaya."

Apabila saya faham konsep ini, saya mula praktikkan untuk tidak menjual produk. Tetapi saya cari jalan bagaimana saya dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Sebelum ini, saya giat membantu rakan-rakan dan orang di sekeliling saya melalui program Now Everyone Can Kurus (NECK). Alhamdulillah program ini masih berjalan lancar malah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sekarang ini, saya nak bantu mempermudahkan urusan kaum hawa di luar sana yang selama ini berimpian untuk mempunyai Spa sendiri di bawah "The Walking Beauty Project" yang diasaskan oleh puan Ainul Shahrazad. 

Matlamatnya mudah je,

Nak bantu ramai wanita di luar sana untuk memiliki Spa dengan nama sendiri dan menjana pendapatan dengan mudah serta dapat duit tunai segera.

Yelah kan, dalam keadaan ekonomi sekarang ni kita terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk menampung keperluan harian seperti duit minyak kereta, duit bayar tol, duit perbelanjaan sekolah anak-anak dan banyak lagi. Pendek kata, semua guna duit.

Mereka yang join projek ini, kalau terus amalkan tips dan tunjuk ajar yang telah diberikan, Inshaa Allah akan cepat dapat hasilnya.



Selepas sesi latihan facial muka



Selepas sesi latihan SPA Badan



Semasa mendengar penerangan daripada puan Ainul bagaimana cara membuat SPA badan.



Sesi latihan cara membuat facial wajah.

Semua peserta diberi latihan menjalankan SPA secara PERCUMA. Ya..latihan yang kami jalani adalah PERCUMA!! Kalau di luar kos training SPA mencecah RM1000 - RM1500 tau.

Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan setelah selesai sesi latihan dan layak menjadi CERTIFIED BEAUTCIAN.



I am a Beautician-to-be Ash


Inilah dia puan Ainul, pengasas The walking Beauty Project.


Sebahagian peserta yang menghadiri sesi latihan Natural Home SPA bersama puan Ainul. Alhamdulillah, sesi latihan yang memakan masa hampir sehari ini banyak membantu kami belajar bagaimana menjalankan bisnes SPA hanya dari rumah.




Hanya produk berasakan bahan semulajadi yang digunakan.



Sebahagian peralatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat facial muka.



Mangsa pertama selepas balik dari kelas facial..My Mr Hubby ler hahaha. Ni proses cleansing atau mencuci muka.




Bubuh masker. My Hubby pilih masker herba selain protein memandangkan dia mempunyai masalah resdung. Sampai tidur berdengkur abaq hang..



Sebelum dan selepas facial.


Untuk pengetahuan anda, projek The Walking Beauty ni hanya menggunakan produk berasaskan bahan SEMULAJADI dan tidak menggunakan sebarang produk berasaskan bahan kimia. Ini kerana, kami nak pastikan customer mendapat hasil yang terbaik dan tidak memberi kesan sampingan kepada mereka.


Salah seorang rakan kami dah buat Home SPA. SPA 100% hanya dari rumah sahaja area Sentul dan Setapak. 


BERMINAT UNTUK MEMILIKI BISNES SPA ATAS NAMA ANDA SENDIRI?

Apa yang kami boleh tawarkan adalah dengan pakej RM750:
  • Anda MAMPU MILIKI SEBUAH SPA atas nama anda sendiri.
  • Anda berpeluang untuk belajar facial dan SPA secara PERCUMA. Biasanya kos di luar untuk kelas belajar SPA di antara RM1,000 - RM1,500 tidak termasuk produk SPA.
  • Anda dapat terus Produk SPA dan anda dah boleh start bisnes SPA anda sejurus selesai sesi latihan.
  • Lifetime coaching daripada Support Group untuk bantu dari segi marketing.
  • Sijil penyertaan.
  • Yang paling best, anda boleh dapat income 4 angka sebulan walaupun anda hanya duduk di rumah sahaja.

APA YANG AKAN ANDA BELAJAR?

Dengan pakej RM750 tersebut, anda akan belajar:
  • Body Scrub + Urut Lulur
  • Mandian Susu Whitening
  • Facial Relax Seri Wajah
  • Wap Aroma Sauna
  • Spa Cantik Tangan
  • Spa Cantik Kaki
Semua ini kalau kat luar harga training sahaja mencecah RM1,500. Tetapi dengan menyertai kami, anda hanya perlu membayar RM750 sahaja. Itu pun bayaran untuk harga produk sahaja tau!

Untuk anda yang berada di luar kawasan KL dan Selangor JANGAN RISAU! Beautician kami ada di seluruh negeri di Malaysia untuk train ada jika betul-betul berminat. 

Jadi, sangatlah rugi jika anda tak rebut peluang ini.

Jika anda berminat untuk membuka SPA anda sendiri, anda boleh hubungi saya Asainah (Ash) di 019-2481979 untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan saya dalam membantu orang di sekeliling saya.

Rabbi Yassir Wala Tuassir.

Ash
Owner Noona Ash D'Beauty Secret 
Home & Mobile SPA



Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.




Monday, September 7, 2015

PERUBAHAN DIRIKU SELEPAS 100 HARI BERSAMA PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Assalammualaikum kepada pembaca blog NoonaAsh yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Kali ni saya nak berkongsi kisah saya selama menyertai Program "Now Everyone Can Kurus" Batch 1 yang bermula pada 1 Februari 2015  sehingga 11 Mei 2015 yang lalu. Walaupun program ni dah pun berakhir, tetapi masih belum terlambat rasanya untuk saya berkongsi pengalaman saya dengan kalian.

Sebelum saya mulakan kisah saya ni, jom kita fahami serba sedikit apa itu NECK?

NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)



Merupakan sebuah program yang dianjurkan bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dalam masa 100 hari.

Dalam program ini, kami sebagai peserta akan dibimbing melalui aplikasi Telegram/ Whatsapp oleh seorang Personal Trainer (Abang Ketak) yang sangat berpengalaman dalam membantu ramai orang menurunkan berat badan.

Sepanjang program ini, kami diajar ilmu menurunkan berat badan dari segi penjagaan emosi, pemakanan dan senaman.

Program ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan tetapi terlalu sibuk bekerja sehingga mempunyai masa yang terhad untuk bersenam. 

Ia juga sesuai untuk mereka yang gagal menurunkan berat badan sebelum ini kerana tidak mempunyai ilmu atau motivasi tinggi. Dalam NECK ni, kami diet secara berjemaah dalam satu kumpulan yang mana semua orang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk KURUS dan SIHAT.

KENAPA SAYA SERTAI NECK

Dah nama pun program "Now Everyone Can Kurus", jadi sudah semestinya sesiapa yang menyertai program ini punyai  matlamat utama iaitu nak KURUS. 

Begitu juga lah dengan saya. 




Dah dikategorikan "overweight"

Tahun 2015 ni merupakan tahun di mana saya perlu menyambung perkhidmatan saya di dalam Angkatan Tentera Malaysia untuk ke 21 tahun.

Sebagai seorang anggota tentera, penjagaan berat badan amat dititikberatkan. Indeks Jisim Tubuh (BMI) mestilah tidak melebihi 26.9 bagi melayakkan kami disokong untuk kenaikkan pangkat, menyambung perkhidmatan, menghadiri kursus kerjaya dan menyertai misi PBB.

Memandangkan berat badan saya dah mencecah 78.8kg dengan ketinggian 165cm, maka BMI saya sudah mencecah 28.9. Saya sudah dikategorikan overweight dan keadaan ini amat membimbangkan saya.

Bukan sahaja saya tak dapat disokong untuk sambung perkhidmatan, tetapi saya rasa badan saya mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti cepat letih walaupun berjalan sekejap.

PUNCA BADANKU MULA GEMUK

Penghujung tahun 2012 merupakan titik permulaan kepada perubahan bentuk badan saya. 



Gambar semasa Send-Off MALBATT V yang akan berlepas ke Lubnan 
di TUDM Subang

Semuanya bermula apabila saya menghentikan pengambilan ubat perancang keluarga kerana suami saya telah ditugaskan di bawah panji-panji PBB ke Lubnan selama setahun.

Kesannya, selera makan saya semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang tu pukul 11 malam pun saya makan roti dan makanan ringan lagi untuk menghilangkan rasa lapar.

Waktu tidur malam yang lambat juga menjadi faktor penyumbang kepada pertambahan berat badan saya. 

Memandangkan waktu Malaysia dan Lubnan berbeza 6 jam, jadi setiap pukul 11 malam ke atas baru lah saya dapat bersembang dengan suami saya melalui aplikasi Skype. 

Sambil bersembang tu lah saya wajib mengunyah supaya mata tak mengantuk..maka badan saya pun mengembang bagaikan dipam-pam dengan jayanya huhuhu. 




Gambar semasa My Hubby balik bercuti..badan dah start berisi..
tengok je lengan ku itu..

Pada masa itu, rakan-rakan di sekeliling saya sudah mula perasan akan perubahan bentuk badan saya yang semakin sihat. Sihat lah sangat! Tapi saya buat derk lagi.

Sehinggalah suatu hari buddy saya tegur, " Ko ni Ash..orang lain tu hubby diorang pergi misi badan diorang jadi kurus..tapi ko ni makin gemuk le pulak. Senang hati ke?"

Fuhh! Sentap habaq hang..dia ni memang tak pernah kata saya gemuk walaupun saya rasa badan saya naik sikit. Tapi bila dia kata macam tu memang saya terasa sampai ke tulang sum-sum. 




Kemuncak kepada kegemukkan yang melampau 
menyebabkan ku terpaksa join NECK!

Masa ni, ujian lari 2.4km pun lulus cukup-cukup makan..pancit!

MACAM-MACAM CARA NAK KURUS

Setelah mengakui badan sendiri memang dah gemuk, maka macam-macam usaha saya buat untuk kurus.

Pelbagai jenis ubat kurus saya cuba tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan risikonya kepada badan saya. Pantang tengok iklan pelangsingan di majalah ataupun yang kawan-kawan promo, mesti nak cuba walaupun harganya memang mahal.

Inilah salah satu kelemahan orang perempuan ni..sanggup berhabis duit sebab nak cantik. Tak sangka saya pun terjebak juga!





Bukti betapa bahayanya ubat kurus

Apabila makan ubat kurus tersebut, badan saya mula menunjukkan tindakbalas seperti kepala jadi sakit, tekak jadi mual, badan rasa seram sejuk, berpeluh dan degupan jantung jadi laju.

Pada mulanya saya menganggap itu hanyalah kesan sampingan (Healing Crisis) ubat tersebut tetapi bila degupan jantung saya jadi laju dan badan rasa menggigil maka saya pun mula tak sedap hati.

Saya mula jadi takut dengan tindakbalas tersebut sebab tidak pernah mengalaminya dan mula merasa curiga. Jadi saya terus ambil keputusan untuk berhenti seketika.

Dalam masa yang sama, saya dikehendaki membuat Medical Check-Up di hospital iaitu rutin anggota tentera setiap 2 tahun sekali. Semasa temujanji doktor, saya diberitahu oleh doktor tersebut bahawa air kencing saya mengandungi darah. Kemungkinan buah pinggang saya bermasalah. 




Punca kerosakkan buah pinggang

Untuk memastikan kemungkinan tersebut, dalam masa 2 minggu saya kena datang semula untuk buat ujian air kencing. Dalam perjalanan balik dari hospital macam-macam benda yang saya fikirkan. Apa punca yang menyebabkan air kencing ada darah?

Setelah diselidik, baru lah saya tahu bahawa puncanya adalah ubat kurus. Kebiasaannya ubat kurus terdiri daripada herba dan agak panas sebab ianya dihasilkan khusus untuk membakar lemak dan saya pula kurang minum air masak. Akhirnya badan yang merana..

Mulai hari itu, saya bertekad untuk tidak akan mencuba lagi mana-mana ubat kurus. Baki ubat tersebut ada 2 kotak lagi saya sedekahkan je kepada kawan saya yang juga pengguna produk tersebut. 

Dua minggu kemudian saya datang semula ke hospital untuk membuat semula ujian air kencing. Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa air kencing saya normal dan buah pinggang saya berkeadaan baik.  

Kalau nak tau, hasil makan ubat kurus tersebut selama 2 minggu berat saya turun hanya 1kg sahaja. Bila berhenti ambil, berat badan saya naik 3kg huhuhu.

SYUKUR DIPERTEMUKAN DENGAN PROGRAM NECK




Rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan Empayar Maria Firdaus yang merupakan pengasas kepada program NECK ini.

Melalui program NECK ini lah semangat saya untuk menurunkan berat badan kembali berkobar-kobar. Yelah..bukan mudah sebenarnya nak diet sorang-sorang ni, kang ke laut! 

Program diet beramai- ramai seperti ini memang sukar didapati di Malaysia. Jika ada pun terlalu sedikit dan contoh program yang sedia ada ialah Program JK1M yang dianjurkan oleh Kevin Zahari. Bukan mudah nak anjurkan program diet beramai-ramai secara online. 

Jadi, bila peluang dah ada di depan mata memang saya tak akan lepaskan. Yang penting diet secara sihat!

KELEBIHAN APABILA MENYERTAI PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS

Kalau korang nak tahu, peserta NECK ni bukannya berada di dalam Malaysia sahaja. Tetapi di seluruh DUNIA. Amacam? Setakat ni yang paling jauh di Dubai. 

Apabila menyertai program ini, kami dimasukkan ke dalam Secret Group Facebook Peserta Now Everyone Can Kurus. Sangat best kerana banyak ilmu yang dikongsikan di situ secara PERCUMA.

Kami juga dimasukkan ke dalam Telegram Group (Online Coaching) yang akan dipantau oleh Abang Ketak. Kat dalam group ni lah kami perlu update apa makanan yang kami ambil setiap hari dan senaman yang kami buat.

Setiap kesalahan yang kami buat akan ditegur oleh Abang Ketak. Tujuannya supaya kami faham cara pengambilan makanan serta senaman yang betul.




Dia ni ler Abang Ketak! Sador kan?
Sanggup datang KL untuk Coaching kitorang..

Energy dalam group ni sangat tinggi kerana semua peserta saling bantu-membantu dan memberi semangat di antara satu sama lain. Inilah yang disebut "program kurus secara berjemaah".

Walaupun ada yang tak pernah bersua muka tetapi hubungan kami akrab macam adik-beradik.


WAJIB MAKAN 5 KALI SEHARI

Jangan terkejut!

Dalam program ini kami diwajibkan makan 5 kali sehari. Satu lagi, WAJIB makan nasi setiap hari.  Macam tak percaya kan?




Antara menu yang diamalkan..

Pada mulanya, saya sendiri pun tak percaya. Betul ke ni nak kurus kena makan 5 kali sehari? Bukannya kena kurangkan makan ke?

Hah..itulah persoalan yang timbul di kepala kitorang ni!

Makan 5 kali sehari tapi ikut portion yang ditetapkan supaya pengambilan kalori tak berlebihan.

Di dalam seminggu, 6 hari adalah hari Defisit Day (Hari Menurunkan Berat Badan) dan 1 hari Maintenance Day (Hari Kekalkan Berat Badan). Maknanya, dalam seminggu kitorang diberi 1 hari kelonggaran untuk makan dan bersenam tanpa ikut jadual. Best kan?

Tapi ingat!

Pesan daripada Abang Ketak..makan tu sekadar merasa ye, bukan melantak hehe.


WAKTU TIMBANG BERAT




Waktu untuk timbang berat badan adalah selepas 2 minggu. Peserta tidak dibenarkan untuk timbang berat sebelum genap 2 minggu. 

Bacaan penimbang akan diambil selepas bangun tidur di antara pukul 6 hingga 7 pagi sebelum ke bilik air. Ini kerana berat badan kita pada waktu ini adalah yang paling tepat.

Kitorang dikehendaki menghantar laporan penurunan berat masing-masing kepada Master Firdaus dan abang Ketak di dalam group Telegram. 

Masa ni memang sangat-sangat nervous!

Sebab nak tau berat sendiri dan rakan-rakan yang lain. Ada daya saing dan saling support antara satu sama lain di situ..sangat terharu sebab kalau buat diet sendiri belum tentu dapat aura dan semangat positif macam ni, kan?

AKTIVITI SEPANJANG 100 HARI BERSAMA NECK

Bersesuaian dengan matlamat program NECK ini iaitu membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan tetapi tiada masa untuk ke gym, taman rekreasi dan sebagainya.

Tak semestinya nak kurus kita kena ke gym kan? Saya sendiri pun dapat merasa exercise di gym pun hanya selepas minggu ke-8 program NECK.

Setiap hari ada sahaja task yang akan diberi oleh Coach untuk dilaksanakan sama ada melalui video ataupun slide. Task yang diberi merupakan pelbagai jenis exercise mengikut kesesuaian dan berperingkat. 

Setiap minggu tahap kesukaran exercise akan bertambah memandangkan lemak-lemak yang ada di dalam badan kita semakin sukar untuk disingkirkan. Sebab itu ia memerlukan exercise yang betul dan berkesan.




Contoh task yang coach bagi setiap hari

Proses membakar kalori akan jadi mudah jika kita tahu cara yang betul dan ada coach yang memantau. So, kalau tak ke gym pun boleh kurus juga.

Yang paling penting, tahu cara kira kalori barulah mudah nak turunkan berat badan. Dalam NECK kitorang diajar cara kira kalori masing-masing. Berapa jumlah keperluan kalori seharian dan jumlah kalori yang perlu dibakar setiap hari. 

Wajib faham konsep kalori, wajib tahu apa itu Basal Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calories Requirement (DCR) serta cara pengiraannya mengikut keperluan masing-masing. Mana-mana pakar kurus memang akan ajar formula ni, barulah proses penurunan berat badan jadi lebih mudah.

Kalau nak tahu lebih lanjut apa aktiviti kitorang kenalah sertai NECK!


DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Tidak hanya bergantung kepada task yang coach beri, kena ada inisiatif lebih untuk kurus.

Pesan coach kalau nak turun 4kg dalam 2 minggu kenalah usaha lebih daripada 4kg, barulah matlamat tercapai. Sebab itu bila hari cuti saya akan curi masa ke Taman Tasik Titiwangsa atau Taman Tasik Keramat untuk Work Out.



Gambar hari pertama Program NECK Batch 1 bermula.





Exercise banyak dilakukan hanya di rumah

Sebenarnya bila sesekali kita beriadah kat luar dapat menghilangkan stress setelah seminggu bekerja. Ingat! Stress adalah salah satu punca kenapa kita jadi gemuk dan juga berat badan lambat turun. 


BERJAYA HILANGKAN 11.4KG!

Alhamdulillah.. setelah bertungkus-lumus selama 100 hari, akhirnya berat badan saya turun sebanyak 11.4kg iaitu daripada 78.8kg kepada 67.4kg. Satu kegembiraan yang tak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Ukur lilit pinggang dan peha pun berkurang sebanyak 5 inci.

Target masa mula-mula join NECK cuma nak turun 10kg dalam 100 hari. Tak sangka boleh dapat lebih dari yang sepatutnya.




Gambar sebelah kanan tu dah boleh pakai 
jeans Levi's women cutting saiz 32

Sebelum ni tak pernah terfikir dapat kembali kepada berat badan yang asal, malah semua baju dan seluar yang sebelum ini tak muat dipakai dah boleh pakai semula. Rasanya kali ni lagi inchloss lebih daripada sebelumnya. Sebab itulah saya kata menyesal join program NECK ni sebab tak sengaja boleh jadi kurus semula hihihi.

Dulu saya hanya bermimpi dapat pakai seluar jeans jenama Levi's potongan perempuan sebab peha saya agak besar. Faham-faham ajelah saiz seluar jeans Levi's paling besar pun saiz 32. Memang boleh naik sampai tahap lutut jelah huhuhu. Sekarang ni kiranya impian dah terlaksana..alhamdulillah. Malah dah tukar ke saiz 31.




Dapat pakai semula baju kurung raya tahun 2012


TERUSKAN BERDIET

Walaupun program 100 hari dah lama berlalu tetapi saya dan rakan-rakan dalam NECK Batch 1 tetap meneruskan cara hidup sihat seperti yang kami amalkan selama 100 hari sebelum ini. Cuma tidaklah seketat seperti semasa dalam program. Bila dah terasa makanan yang diambil hari tu agak berlemak atau terlebih kalori maka pandai-pandailah counter balik dengan mangamalkan senaman yang bersesuaian untuk bakar balik kalori tersebut.

Itulah pentingnya diet secara berilmu di mana segala ilmu yang kami pelajari dalam program tetap kami praktikkan dalam kehidupan seharian. Buktinya berat badan kami tetap maintain walaupun selepas program (klik di sini). Malah secara tak sengaja makin berkurang lagi hihihi. 




Gambar terkini..
alhamdulillah masih meneruskan diet sihat

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

Pesanan saya buat anda semua, amalkanlah cara hidup sihat. Rajin-rajinlah bersenam untuk kesihatan jantung dan jaga pemakanan anda sentiasa bagi mengelakkan sebarang penyakit yang disebabkan oleh kegemukkan.

Hargailah kehidupan selagi sihat. Yang dah berumahtangga kena ingat masih ada tanggungjawab yang dipikul iaitu anak, isteri, suami dan keluarga. Yang masih bujang pun kena ingat tanggungjawab kepada ibu bapa dan adik-beradik yang masih bersekolah.

Nak kurus tidaklah sesusah mana jika kita berilmu dan ada yang pantau. Yang paling penting ada kemahuan nak kurus dan berubah ke arah hidup yang lebih sihat.

Ada orang kata kos nak kuruskan badan sangat mahal. Nak kena beli alat senaman, nak bayar yuran coach, nak kena bayar masuk gym dan nak kena beli suplemenlah. Tapi diorang tak fikir pulak kos masa diorang menggemukkan badan lagi mahal. Masa tu bayar harga makanan mahal-mahal pun tak kisah pulak! Macam saya le..tapi itu dulu hihihi.

Oklah..saya doakan semoga kita semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Jumpa lagi!

***********************************************************************************************************

Anda ada masalah berat badan? Berminat untuk turunkan berat badan dengan cara mudah dan selamat? Jom baca Buku Now Everyone Can Kurus yang mengandungi Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dalam masa 100 hari.





Nak baca PERCUMA?

Sila download di sini: bit.ly/ebookneckfullversion

Atau

Hubungi saya Asainah (Ash) : 019-2481979 (Whatsapp/SMS/Telegram)

Sila baca di sini: www.everyonecankurus.blogspot.com untuk mengetahui sebarang aktiviti dan perkembangan peserta Now Everyone Can Kurus dengan lebih lanjut.