This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, October 25, 2016

MAJLIS "NIGHT TO REMEMBER" DI FLORA KAFE

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya dah lama sangat Ash tak update blog Noona Ash ni kan hihihi.

Kali ni Ash nak cerita kisah majlis 'Night to Remember' yang telah diadakan baru-baru ini bagi meraikan isteri second boss kitorang yang akan bersara. majlis tersebut telah diadakan di Flora Kafe, Ampwalk, Jalan Ampang. Alaa..salah satu tempat dalam cerita Ariana Ross tu.

Kalau nak tahu, Landmark Flora Kafe ni bersebelahan dengan Hotel Sucasa/ The Nomad dan berhadapan dengan Pasaraya Hok Chun kat Jalan Ampang. Flora Kafe ni terletak di bahagian dalam Ampwalk iaitu kat ground floor je.



First time masuk dalam Flora Kafe, Ash memang sangat terpegun..dekorasi yang tiptop! Rasa tenang dan romantik gitu. Memang sesuai le tempat tu kalau nak buat sambutan Anniversary atau Birthday Party. Bunga-bungaan yang terletak di situ serta yang berjuntaian berwarna ungu bersesuaian dengan tema kami pada malam itu purple and pink. 


MC malam itueww..abaikan muka belum bersedia 
nak bergambar tu huhuhu

Majlis kami dibuat di kawasan ruang legar berhadapan Flora Kafe memandangkan kawasan di dalam kafe tersebut sangat terhad. Tapi tetap meriah dan sangat puas hati dengan dekorasi yang disediakan oleh pihak kafe. Menurut Mell pengurus Flora Kafe, mereka memang sangat mementingkan moment. Setiap dekorasi akan diubah mengikut tema yang diminta oleh pelanggan mereka.

Jom Ash tunjuk gambar-gambar yang sempat diabadikan semasa majlis malam tu. 


Bergambar beramai-ramai sebelum majlis bermula







Sotong kangkung


Rojak buah..kecur air liur!


Laksa Johor

Antara menu yang dipilih nasi goreng ikan masin, spagethi Olio Aglio, rojak buah, laksa Johor, sotong kangkung, cucur udang, bubur kacang, desert dan buah-buahan. Lihatlah bekas air yang digunakan sangat unik!

Semua hidangan yang disediakan memang sedap dan menepati citarasa kami. Harga yang dikenakan untuk seorang sangat berbaloi iaitu RM45.00++ sahaja. 






Kabur le pulak gambar ni hahaha





Antara wajah-wajah ceria pada malam itu..nampak!



Sempat 'menyumbangkan' lagu hahaha


Penyampaian Cendera Kenangan daripada Puan Pengerusi (kiri)
kepada Timb. Pengerusi yang diraikan



Beratur untuk acara bersalam-salaman sebelum berangkat pulang


 Sempat ber'wefie' dengan puan pengerusi..
sangat sporting hihi



Tak sangka jumpa pelakon Zamarul Hisham kat situ..
apalagi semua pakat bergambar.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun tempoh untuk kitorang membuat persiapan tersangatlah singkat. Semua VIP dan tetamu yang hadir nampaknya ceria dan terhibur sepanjang majlis tersebut. Rata-rata berpuas hati dengan suasana tempat yang cantik serta hidangan makanan yang sedap. 

Jika korang tercari-cari tempat untuk mengadakan majlis hi-tea, sambutan Anniversary atau hari jadi, Flora Kafe memang salah satu tempat yang terbaik. Nak tau lebih lanjut mengenai Flora Kafe boleh layari Facebook FloraKafe.

Atau terus ke alamat :

Flora Kafe
Lot G.08B-1, Ground Floor
The Ampwalk 218
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Waktu operasi : Pukul 10.00 pagi - 10.30 malam.

Atau hubungi :

03-2161 8010 / 012-2070 0166 (Mell)


Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.




Thursday, May 19, 2016

LARIAN SPEKTRA UNIVERSITI MALAYA 2016 ANJURAN KRISPY KREME DOUGHNUTS


Hai Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selama bekerja dan menetap di Kuala Lumpur selama lebih kurang 15 tahun, ini merupakan pengalaman kedua saya menyertai aktiviti marathon yang dianjurkan oleh pelbagai badan kerajaan dan swasta.

Minat ini mula bercambah setelah saya mula mengamalkan gaya hidup sihat dan berkenalan dengan rakan-rakan dalam program Now Everyone Can Kurus (NECK). Rasa seronok dan teringin bila tengok diorang update dalam group tentang aktiviti diorang. Jadi bila diajak dan ada geng maka saya pun tak lepaskan peluang hihi.

Bukan saya tak minat dengan marathon tetapi kurang mendapat pendedahan sebelum ini. Sebenarnya saya ni boleh dikatakan atlit juga lah masa zaman sekolah dulu. Cuma saya lebih cenderung kepada larian jarak dekat. Setakat 100m, 200m, 4x100m tu lari pejam mata je chewahh..ayat tak boleh blah!

Setelah menceburi bidang ketenteraan barulah saya terbiasa dengan corak larian jarak jauh kerana ia memang telah diterapkan semasa latihan rekrut lagi. 

Pada 24 April 2016 yang lepas saya dan rakan-rakan telah menyertai Larian Spektra Universti Malaya (Joy Run) anjuran Krispy Kreme Doughnuts. Yuran pendaftaran adalah RM45.00. Kitorang buat pendaftaran untuk larian ni pada bulan Februari lagi.

Ini antara gambar-gambar selfie dan wefie kami semasa sesi marathon 5km yang saya nak kongsikan dengan anda.



Posing dulu..


Gaya si Jemah's..


Dah nak mula lari..bajet cun lagi
time ni mihmihmih


Sempat selfie, masa ni naik bukit..semput mak!!
Muka pun dah comot..



Berjaya habiskan larian 37 minit 
dan dapat medal finisher..


Dah colourful kitorang..


Siap masuk dalam Running Malaysia Magazine lagi hikhik..


Nak rasa betapa empuk rumput carpet tu hahaha..


Ishh..ishh..ishh..


Kasut pun masuk miahaha!


Sempat tangkap instant picture..


Tak sangka meriah juga larian ni walaupun 5km je. Sebenarnya sehari sebelum acara marathon ni baru kitorang tahu yang 'Joy Run' ni rupanya ala-ala larian warna gitu miahaha. Habis kena baling dengan serbuk warna tapi serius memang best!

Lepas ni target nak join lagi event marathon ni bila ada peluang. 

Korang yang belum pernah join sebarang aktiviti marathon  saya cadangkan silalah cuba memang best. Salah satu cara mudah dan menyeronokkan untuk memastikan badan kita sihat dan kekalkan stamina.

Saya doakan semoga kita sentiasa fit, kurus dan sihat!


Noona Ash. 



Wednesday, April 20, 2016

BERSIARAN LANGSUNG DI MHI TV3 BERSAMA TEAM FREELETICS MALAYSIA

Asssalammualaikum dan salam sejahtera..

Harap semua pembaca blog Noona Ash sentiasa sihat dan ceria ok!

Entri kali ini, saya nak berkongsi dengan kalian semua tentang keseronokkan saya dan rakan-rakan kerana berpeluang bersiaran secara langsung di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 bersama-sama Team Freeletics Malaysia pada 11 April 2016.

Kisah dah berlalu seminggu yang lepas dan baru berkesempatan nak update kat dalam blog ni hehehe.



Macam mana saya boleh terlibat dengan komuniti Freeletics Malaysia ni?

Nanti saya ceritakan kat entri lain ye sebab kalau nak cerita dalam ni macam tak sesuai kot.

Cuma yang saya nak kongsikan kepada korang, saya adalah salah seorang peserta program Core2BeFit 1.0 yang dianjurkan oleh Team Freeletics Malaysia yang bermula pada 26 Mac 2016.



GAMBAR-GAMBAR SEMASA SESI BERMULA SEHINGGA SELESAI


Bermula sesi pemanasan




'Dynamic Warm Up'


Mr President aka Coach Besar sedang memerhati anak-anak didik 
buat demo senaman Freeletics


Memberi penerangan kepada Pengacara tentang Diari Diet
yang digunakan dalan program Core2BeFit 1.0


Apa agaknya yang direnung Jemah-Jemah tu?


Setelah program selesai


Bergambar di hadapan Sri Pentas



We are FREELETICS GIRLS!


Ber'Wefie' hahihu


Ajak sekali pengacara ber'wefie'


Ajak Shiro pun keluar dari konti Hot FM layan kitorang miahaha!


I'm fit..we're fit! (clap..clap)
FREELETICS MALAYSIA!


SAKSIKAN VIDEO LIPUTAN SECARA LANGSUNG DI TV3


VIDEO 1


VIDEO 2


VIDEO 3




Jika korang ingin mempelbagaikan aktiviti kesihatan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, bolehlah cuba senaman Freeletics ni. Saya jamin korang pasti akan seronok.

Saya doakan semoga anda fit, kurus dan sihat!

I'm fit..we're fit! (clap..clap)


Noona Ash.


Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.