This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, January 12, 2016

KENAPA NOONA ASH?

Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog Noona Ash..(Sila jawab salam kang dosa hehe).

Noona Ash? 
Macam mana nak sebut ye? Nona Ash, No'ona Ash atau Nuna Ash?
Dan apa pulak maksudnya? 

Disebabkan ramai yang keliru maka jom saya terangkan.

ASAL PERKATAAN "NOONA ASH"

Kalau nak tahu sebutan yang betul adalah "Nuna Ash" tapi saya modenkan ejaan "Nuna" kepada "Noona"

Untuk pengetahuan korang perkataan "Nuna" (λˆ„λ‚˜) adalah berasal dari bahasa Korea yang membawa maksud kakak perempuan iaitu gelaran yang digunakan oleh adik lelaki. 

Manakala "Unni" (μ–Έλ‹ˆ) juga bermaksud kakak tetapi kebiasaannya digunakan oleh adik perempuan untuk memanggil kakaknya atau kenalan perempuan yang lebih tua daripadanya.

MAKSUD NOONA ASH

Noona Ash membawa maksud Kakak Ash. Ash adalah nama panggilan saya di kalangan rakan-rakan yang rapat dengan saya. 

Saya adalah anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan ketiga-tiga orang adik saya semuanya lelaki. Jadi, memang sesuailah saya gunakan perkataan Nuna berbanding Unni kan?

Lagipun saya memang peminat tegar drama Korea atau pun rancangan TV Korea macam Roomate dan Running Man hihihi.

ADIK- BERADIK SAYA


Saya

Inilah saya Asainah binti Larapiu aka Noona Ash..anak sulung atau kak long tapi bukan kak long kawasan ye! Dah berkahwin dan dah ada dua orang anak iaitu sepasang lelaki dan perempuan. Bekerja sebagai seorang anggota tentera. Macam tak percaya kan?


Awang

Ini adik saya yang nombor dua maknanya bawah saya le. Nama sebenar dia Muhaidi bin Larapiu. Nama Awang tu adalah nama panggilan di kalangan keluarga kami dan juga mereka yang rapat dengan dia.

Sudah berumahtangga dan telah dikurniakan dua orang anak lelaki setakat ini. Adik saya ni menetap di Sandakan dan menjalankan perniagaan kedai dobi. Kalau sesiapa yang datang ke Sandakan dan memerlukan khidmat dobi bolehlah berkunjung ke Blossom Laundry yang terletak kat Bandar Letat Jaya.


Zharif

Yang ini adik bongsu saya. Nama dia Mohd Zharif bin Larapiu. Kitorang dulu panggil dia Adik tapi macam dah tak sesuai pulak kan jadi sekarang kitorang panggil je Zharif.

Bertugas sebagai Engineer di sebuah kilang memproses kelapa sawit yang terletak di daerah Kunak. Adik saya yang ni pun dah mendirikan rumah tangga tetapi belum lagi dikurniakan anak.

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa saya tak cerita tentang adik ketiga saya. Sebenarnya adik saya yang nombor tiga telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1986 di usianya baru setahun lebih.

Nama arwah ialah Muhaizat bin Larapiu atau nama panggilannya Dell. Walaupun hayatnya amat singkat tetapi kenangan manis bersama arwah tetap tersimpan kemas di dalam ingatan (tiba-tiba mata masuk habuk). Semoga roh arwah sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT. Al-Fatihah.

Demikianlah serba-sedikit perihal adik-beradik saya yang bersangkut-paut dengan "Noona Ash". 

Harap semuanya dah jelas.