Tuesday, October 25, 2016

MAJLIS "NIGHT TO REMEMBER" DI FLORA KAFE

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya dah lama sangat Ash tak update blog Noona Ash ni kan hihihi.

Kali ni Ash nak cerita kisah majlis 'Night to Remember' yang telah diadakan baru-baru ini bagi meraikan isteri second boss kitorang yang akan bersara. majlis tersebut telah diadakan di Flora Kafe, Ampwalk, Jalan Ampang. Alaa..salah satu tempat dalam cerita Ariana Ross tu.

Kalau nak tahu, Landmark Flora Kafe ni bersebelahan dengan Hotel Sucasa/ The Nomad dan berhadapan dengan Pasaraya Hok Chun kat Jalan Ampang. Flora Kafe ni terletak di bahagian dalam Ampwalk iaitu kat ground floor je.



First time masuk dalam Flora Kafe, Ash memang sangat terpegun..dekorasi yang tiptop! Rasa tenang dan romantik gitu. Memang sesuai le tempat tu kalau nak buat sambutan Anniversary atau Birthday Party. Bunga-bungaan yang terletak di situ serta yang berjuntaian berwarna ungu bersesuaian dengan tema kami pada malam itu purple and pink. 


MC malam itueww..abaikan muka belum bersedia 
nak bergambar tu huhuhu

Majlis kami dibuat di kawasan ruang legar berhadapan Flora Kafe memandangkan kawasan di dalam kafe tersebut sangat terhad. Tapi tetap meriah dan sangat puas hati dengan dekorasi yang disediakan oleh pihak kafe. Menurut Mell pengurus Flora Kafe, mereka memang sangat mementingkan moment. Setiap dekorasi akan diubah mengikut tema yang diminta oleh pelanggan mereka.

Jom Ash tunjuk gambar-gambar yang sempat diabadikan semasa majlis malam tu. 


Bergambar beramai-ramai sebelum majlis bermula







Sotong kangkung


Rojak buah..kecur air liur!


Laksa Johor

Antara menu yang dipilih nasi goreng ikan masin, spagethi Olio Aglio, rojak buah, laksa Johor, sotong kangkung, cucur udang, bubur kacang, desert dan buah-buahan. Lihatlah bekas air yang digunakan sangat unik!

Semua hidangan yang disediakan memang sedap dan menepati citarasa kami. Harga yang dikenakan untuk seorang sangat berbaloi iaitu RM45.00++ sahaja. 






Kabur le pulak gambar ni hahaha





Antara wajah-wajah ceria pada malam itu..nampak!



Sempat 'menyumbangkan' lagu hahaha


Penyampaian Cendera Kenangan daripada Puan Pengerusi (kiri)
kepada Timb. Pengerusi yang diraikan



Beratur untuk acara bersalam-salaman sebelum berangkat pulang


 Sempat ber'wefie' dengan puan pengerusi..
sangat sporting hihi



Tak sangka jumpa pelakon Zamarul Hisham kat situ..
apalagi semua pakat bergambar.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun tempoh untuk kitorang membuat persiapan tersangatlah singkat. Semua VIP dan tetamu yang hadir nampaknya ceria dan terhibur sepanjang majlis tersebut. Rata-rata berpuas hati dengan suasana tempat yang cantik serta hidangan makanan yang sedap. 

Jika korang tercari-cari tempat untuk mengadakan majlis hi-tea, sambutan Anniversary atau hari jadi, Flora Kafe memang salah satu tempat yang terbaik. Nak tau lebih lanjut mengenai Flora Kafe boleh layari Facebook FloraKafe.

Atau terus ke alamat :

Flora Kafe
Lot G.08B-1, Ground Floor
The Ampwalk 218
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Waktu operasi : Pukul 10.00 pagi - 10.30 malam.

Atau hubungi :

03-2161 8010 / 012-2070 0166 (Mell)


Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.




0 comments: