Monday, February 29, 2016

AISKRIM SUMI JELLY ALA NOONA ASH

Assalammualaikum pembaca setia blog Noona Ash semua.

Semenjak 2 minggu kebelakangan ini agak viral di media-media sosial terutamanya di Facebook berkenaan Aiskrim Sumi Jelly. Alaa..aiskrim Malaysia tu cuma dicampur sumi jelly yang anak-anak suka makan. Resepinya tersangatlah mudah dan rasanya ermm memang heaven! 

Oleh yang demikian, saya pun teringin juga le nak mencuba resepi aiskrim yang sangat mudah ni untuk anak-anak.Tapi resepi aiskrim saya ni memang agak berlainan sedikit daripada yang biasa tu. Nak tau kenapa? Macam ni kisahnya..


Penanagan media sosial.

PENANGAN AISKRIM SUMI

Nak dijadikan cerita, hari Sabtu yang lepas saya pun pergi le mencari kelengkapan untuk membuat aiskrim bersama anak bujang saya selepas ambil dia dari kelas tuisyen. Susu pekat dan susu cair dah ada cuma nak beli plastik aiskrim dan sumi jelly.

Malangnya, plastik aiskrim dah jumpa tapi sumi jelly yang tak jumpa lagi. Habis semua kedai berdekatan kami masuk tapi rata-rata habis. Begitu sekali penangan aiskrim sumi ni abaq hang! Maka kami pun pulang rumah dengan rasa kecewa huhuhu. 

Patutlah ada satu blog tu bagitau aiskrim sumi ni bahaya. Klik di sini.


Resepi aiskrim sumi yang sangat mudah.

AISKRIM SUMI NOONA ASH

Disebabkan anak bujang saya asyik tanya bila nak buat aiskrim, saya pun teringat kat kabinet dapur ada lagi serbuk agar-agar jelly NUTRIGELL yang dibeli dari Tawau. Apa tunggu lagi, malam tu saya pun bancuh le agar-agar jelly guna empat perasa. Ada perasa anggur, strawberi, honey dew dan oren.



Inilah Serbuk agar-agar Nutrigell. Ada 6 perisa semuanya iaitu perisa 
anggur, strawberi, jambu, honey dew, mangga dan oren.


Masukkan agar-agar jelly ke dalam acuan setelah siap dimasak.

Bila agar-agar dah masak, saya sejukkan dalam acuan dan kemudian mula masak bancuhan aiskrim iaitu campuran susu pekat, susu cair, air dan sedikit garam. Bila bancuhan dah mendidih tutup api dan sejukkan seketika. Sementara itu, boleh mula belah agar-agar jelly tadi menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.



Agar-agar yang telah pejal dikeluarkan dari acuan.


Masukkan agar-agar jelly yang telah dipotong kecil ke dalam plastik aiskrim.

Setelah bancuhan susu tadi agak suam-suam, bolehlah tuang ke dalam plastik aiskrim yang telah diisi agar-agar jelly. Kemudian simpulkan hujung aiskrim. Apabila dah siap semuanya bolehlah dimasukkan ke dalam freezer..siap!


Aiskrim yang telah siap sebelum dibekukan.


Inilah hasilnya. Siap untuk di'ngap" hihihi.

Kalau korang nak tahu, aiskrim sumi jelly Noona Ash ni saya buat tanpa menggunakan gula kerana susu pekat yang digunakan sudah cukup manis. Kalau guna sumi yang beli kat kedai bertambah manislah aiskrim sumi tu tapi dengan cara buat sendiri agar-agar jelly kita boleh kawal pengambilan gula untuk menjaga kesihatan.

Macam saya, agar-agar jelly yang saya buat sendiri memang tak masukkan gula langsung. Korang boleh juga guna serbuk agar-agar yang biasa terdapat di pasaran contohnya jenama layang-layang tapi kena bubuh perasa sendiri lah. Selain itu, boleh juga guna cendol pandan, lengkong, bubur kacang dan bubur pulut hitam.

Korang boleh juga masukkan potongan buah-buahan ke dalamnya. Dengan pelbagai warna dan rasa daripada buah-buahan tersebut sudah pasti terdapat pelbagai nutrien di dalamnya. So, lebih sihat kan?

Pilihan di tangan anda..selamat mencuba!


Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.







0 comments: