This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, September 7, 2015

PERUBAHAN DIRIKU SELEPAS 100 HARI BERSAMA PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Assalammualaikum kepada pembaca blog NoonaAsh yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Kali ni saya nak berkongsi kisah saya selama menyertai Program "Now Everyone Can Kurus" Batch 1 yang bermula pada 1 Februari 2015  sehingga 11 Mei 2015 yang lalu. Walaupun program ni dah pun berakhir, tetapi masih belum terlambat rasanya untuk saya berkongsi pengalaman saya dengan kalian.

Sebelum saya mulakan kisah saya ni, jom kita fahami serba sedikit apa itu NECK?

NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)



Merupakan sebuah program yang dianjurkan bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dalam masa 100 hari.

Dalam program ini, kami sebagai peserta akan dibimbing melalui aplikasi Telegram/ Whatsapp oleh seorang Personal Trainer (Abang Ketak) yang sangat berpengalaman dalam membantu ramai orang menurunkan berat badan.

Sepanjang program ini, kami diajar ilmu menurunkan berat badan dari segi penjagaan emosi, pemakanan dan senaman.

Program ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan tetapi terlalu sibuk bekerja sehingga mempunyai masa yang terhad untuk bersenam. 

Ia juga sesuai untuk mereka yang gagal menurunkan berat badan sebelum ini kerana tidak mempunyai ilmu atau motivasi tinggi. Dalam NECK ni, kami diet secara berjemaah dalam satu kumpulan yang mana semua orang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk KURUS dan SIHAT.

KENAPA SAYA SERTAI NECK

Dah nama pun program "Now Everyone Can Kurus", jadi sudah semestinya sesiapa yang menyertai program ini punyai  matlamat utama iaitu nak KURUS

Begitu juga lah dengan saya. 




Dah dikategorikan "overweight"

Tahun 2015 ni merupakan tahun di mana saya perlu menyambung perkhidmatan saya di dalam Angkatan Tentera Malaysia untuk ke 21 tahun.

Sebagai seorang anggota tentera, penjagaan berat badan amat dititikberatkan. Indeks Jisim Tubuh (BMI) mestilah tidak melebihi 26.9 bagi melayakkan kami disokong untuk kenaikkan pangkat, menyambung perkhidmatan, menghadiri kursus kerjaya dan menyertai misi PBB.

Memandangkan berat badan saya dah mencecah 78.8kg dengan ketinggian 165cm, maka BMI saya sudah mencecah 28.9. Saya sudah dikategorikan overweight dan keadaan ini amat membimbangkan saya.

Bukan sahaja saya tak dapat disokong untuk sambung perkhidmatan, tetapi saya rasa badan saya mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti cepat letih walaupun berjalan sekejap.

PUNCA BADANKU MULA GEMUK

Penghujung tahun 2012 merupakan titik permulaan kepada perubahan bentuk badan saya. 



Gambar semasa Send-Off MALBATT V yang akan berlepas ke Lubnan 
di TUDM Subang

Semuanya bermula apabila saya menghentikan pengambilan ubat perancang keluarga kerana suami saya telah ditugaskan di bawah panji-panji PBB ke Lubnan selama setahun.

Kesannya, selera makan saya semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang tu pukul 11 malam pun saya makan roti dan makanan ringan lagi untuk menghilangkan rasa lapar.

Waktu tidur malam yang lambat juga menjadi faktor penyumbang kepada pertambahan berat badan saya. 

Memandangkan waktu Malaysia dan Lubnan berbeza 6 jam, jadi setiap pukul 11 malam ke atas baru lah saya dapat bersembang dengan suami saya melalui aplikasi Skype. 

Sambil bersembang tu lah saya wajib mengunyah supaya mata tak mengantuk..maka badan saya pun mengembang bagaikan dipam-pam dengan jayanya huhuhu. 




Gambar semasa My Hubby balik bercuti..badan dah start berisi..
tengok je lengan ku itu..

Pada masa itu, rakan-rakan di sekeliling saya sudah mula perasan akan perubahan bentuk badan saya yang semakin sihat. Sihat lah sangat! Tapi saya buat derk lagi.

Sehinggalah suatu hari buddy saya tegur, " Ko ni Ash..orang lain tu hubby diorang pergi misi badan diorang jadi kurus..tapi ko ni makin gemuk le pulak. Senang hati ke?"

Fuhh! Sentap habaq hang..dia ni memang tak pernah kata saya gemuk walaupun saya rasa badan saya naik sikit. Tapi bila dia kata macam tu memang saya terasa sampai ke tulang sum-sum. 




Kemuncak kepada kegemukkan yang melampau 
menyebabkan ku terpaksa join NECK!

Masa ni, ujian lari 2.4km pun lulus cukup-cukup makan..pancit!

MACAM-MACAM CARA NAK KURUS

Setelah mengakui badan sendiri memang dah gemuk, maka macam-macam usaha saya buat untuk kurus.

Pelbagai jenis ubat kurus saya cuba tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan risikonya kepada badan saya. Pantang tengok iklan pelangsingan di majalah ataupun yang kawan-kawan promo, mesti nak cuba walaupun harganya memang mahal.

Inilah salah satu kelemahan orang perempuan ni..sanggup berhabis duit sebab nak cantik. Tak sangka saya pun terjebak juga!





Bukti betapa bahayanya ubat kurus

Apabila makan ubat kurus tersebut, badan saya mula menunjukkan tindakbalas seperti kepala jadi sakit, tekak jadi mual, badan rasa seram sejuk, berpeluh dan degupan jantung jadi laju.

Pada mulanya saya menganggap itu hanyalah kesan sampingan (Healing Crisis) ubat tersebut tetapi bila degupan jantung saya jadi laju dan badan rasa menggigil maka saya pun mula tak sedap hati.

Saya mula jadi takut dengan tindakbalas tersebut sebab tidak pernah mengalaminya dan mula merasa curiga. Jadi saya terus ambil keputusan untuk berhenti seketika.

Dalam masa yang sama, saya dikehendaki membuat Medical Check-Up di hospital iaitu rutin anggota tentera setiap 2 tahun sekali. Semasa temujanji doktor, saya diberitahu oleh doktor tersebut bahawa air kencing saya mengandungi darah. Kemungkinan buah pinggang saya bermasalah




Punca kerosakkan buah pinggang

Untuk memastikan kemungkinan tersebut, dalam masa 2 minggu saya kena datang semula untuk buat ujian air kencing. Dalam perjalanan balik dari hospital macam-macam benda yang saya fikirkan. Apa punca yang menyebabkan air kencing ada darah?

Setelah diselidik, baru lah saya tahu bahawa puncanya adalah ubat kurus. Kebiasaannya ubat kurus terdiri daripada herba dan agak panas sebab ianya dihasilkan khusus untuk membakar lemak dan saya pula kurang minum air masak. Akhirnya badan yang merana..

Mulai hari itu, saya bertekad untuk tidak akan mencuba lagi mana-mana ubat kurus. Baki ubat tersebut ada 2 kotak lagi saya sedekahkan je kepada kawan saya yang juga pengguna produk tersebut. 

Dua minggu kemudian saya datang semula ke hospital untuk membuat semula ujian air kencing. Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa air kencing saya normal dan buah pinggang saya berkeadaan baik.  

Kalau nak tau, hasil makan ubat kurus tersebut selama 2 minggu berat saya turun hanya 1kg sahaja. Bila berhenti ambil, berat badan saya naik 3kg huhuhu.

SYUKUR DIPERTEMUKAN DENGAN PROGRAM NECK




Rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan Empayar Maria Firdaus yang merupakan pengasas kepada program NECK ini.

Melalui program NECK ini lah semangat saya untuk menurunkan berat badan kembali berkobar-kobar. Yelah..bukan mudah sebenarnya nak diet sorang-sorang ni, kang ke laut! 

Program diet beramai- ramai seperti ini memang sukar didapati di Malaysia. Jika ada pun terlalu sedikit dan contoh program yang sedia ada ialah Program JK1M yang dianjurkan oleh Kevin Zahari. Bukan mudah nak anjurkan program diet beramai-ramai secara online. 

Jadi, bila peluang dah ada di depan mata memang saya tak akan lepaskan. Yang penting diet secara sihat!

KELEBIHAN APABILA MENYERTAI PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS

Kalau korang nak tahu, peserta NECK ni bukannya berada di dalam Malaysia sahaja. Tetapi di seluruh DUNIA. Amacam? Setakat ni yang paling jauh di Dubai. 

Apabila menyertai program ini, kami dimasukkan ke dalam Secret Group Facebook Peserta Now Everyone Can Kurus. Sangat best kerana banyak ilmu yang dikongsikan di situ secara PERCUMA.

Kami juga dimasukkan ke dalam Telegram Group (Online Coaching) yang akan dipantau oleh Abang Ketak. Kat dalam group ni lah kami perlu update apa makanan yang kami ambil setiap hari dan senaman yang kami buat.

Setiap kesalahan yang kami buat akan ditegur oleh Abang Ketak. Tujuannya supaya kami faham cara pengambilan makanan serta senaman yang betul.




Dia ni ler Abang Ketak! Sador kan?
Sanggup datang KL untuk Coaching kitorang..

Energy dalam group ni sangat tinggi kerana semua peserta saling bantu-membantu dan memberi semangat di antara satu sama lain. Inilah yang disebut "program kurus secara berjemaah".

Walaupun ada yang tak pernah bersua muka tetapi hubungan kami akrab macam adik-beradik.


WAJIB MAKAN 5 KALI SEHARI

Jangan terkejut!

Dalam program ini kami diwajibkan makan 5 kali sehari. Satu lagi, WAJIB makan nasi setiap hari.  Macam tak percaya kan?




Antara menu yang diamalkan..

Pada mulanya, saya sendiri pun tak percaya. Betul ke ni nak kurus kena makan 5 kali sehari? Bukannya kena kurangkan makan ke?

Hah..itulah persoalan yang timbul di kepala kitorang ni!

Makan 5 kali sehari tapi ikut portion yang ditetapkan supaya pengambilan kalori tak berlebihan.

Di dalam seminggu, 6 hari adalah hari Defisit Day (Hari Menurunkan Berat Badan) dan 1 hari Maintenance Day (Hari Kekalkan Berat Badan). Maknanya, dalam seminggu kitorang diberi 1 hari kelonggaran untuk makan dan bersenam tanpa ikut jadual. Best kan?

Tapi ingat!

Pesan daripada Abang Ketak..makan tu sekadar merasa ye, bukan melantak hehe.


WAKTU TIMBANG BERAT




Waktu untuk timbang berat badan adalah selepas 2 minggu. Peserta tidak dibenarkan untuk timbang berat sebelum genap 2 minggu. 

Bacaan penimbang akan diambil selepas bangun tidur di antara pukul 6 hingga 7 pagi sebelum ke bilik air. Ini kerana berat badan kita pada waktu ini adalah yang paling tepat.

Kitorang dikehendaki menghantar laporan penurunan berat masing-masing kepada Master Firdaus dan abang Ketak di dalam group Telegram. 

Masa ni memang sangat-sangat nervous!

Sebab nak tau berat sendiri dan rakan-rakan yang lain. Ada daya saing dan saling support antara satu sama lain di situ..sangat terharu sebab kalau buat diet sendiri belum tentu dapat aura dan semangat positif macam ni, kan?

AKTIVITI SEPANJANG 100 HARI BERSAMA NECK

Bersesuaian dengan matlamat program NECK ini iaitu membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan tetapi tiada masa untuk ke gym, taman rekreasi dan sebagainya.

Tak semestinya nak kurus kita kena ke gym kan? Saya sendiri pun dapat merasa exercise di gym pun hanya selepas minggu ke-8 program NECK.

Setiap hari ada sahaja task yang akan diberi oleh Coach untuk dilaksanakan sama ada melalui video ataupun slide. Task yang diberi merupakan pelbagai jenis exercise mengikut kesesuaian dan berperingkat. 

Setiap minggu tahap kesukaran exercise akan bertambah memandangkan lemak-lemak yang ada di dalam badan kita semakin sukar untuk disingkirkan. Sebab itu ia memerlukan exercise yang betul dan berkesan.




Contoh task yang coach bagi setiap hari

Proses membakar kalori akan jadi mudah jika kita tahu cara yang betul dan ada coach yang memantau. So, kalau tak ke gym pun boleh kurus juga.

Yang paling penting, tahu cara kira kalori barulah mudah nak turunkan berat badan. Dalam NECK kitorang diajar cara kira kalori masing-masing. Berapa jumlah keperluan kalori seharian dan jumlah kalori yang perlu dibakar setiap hari. 

Wajib faham konsep kalori, wajib tahu apa itu Basal Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calories Requirement (DCR) serta cara pengiraannya mengikut keperluan masing-masing. Mana-mana pakar kurus memang akan ajar formula ni, barulah proses penurunan berat badan jadi lebih mudah.

Kalau nak tahu lebih lanjut apa aktiviti kitorang kenalah sertai NECK!


DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Tidak hanya bergantung kepada task yang coach beri, kena ada inisiatif lebih untuk kurus.

Pesan coach kalau nak turun 4kg dalam 2 minggu kenalah usaha lebih daripada 4kg, barulah matlamat tercapai. Sebab itu bila hari cuti saya akan curi masa ke Taman Tasik Titiwangsa atau Taman Tasik Keramat untuk Work Out.



Gambar hari pertama Program NECK Batch 1 bermula.





Exercise banyak dilakukan hanya di rumah

Sebenarnya bila sesekali kita beriadah kat luar dapat menghilangkan stress setelah seminggu bekerja. Ingat! Stress adalah salah satu punca kenapa kita jadi gemuk dan juga berat badan lambat turun. 


BERJAYA HILANGKAN 11.4KG!

Alhamdulillah.. setelah bertungkus-lumus selama 100 hari, akhirnya berat badan saya turun sebanyak 11.4kg iaitu daripada 78.8kg kepada 67.4kg. Satu kegembiraan yang tak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Ukur lilit pinggang dan peha pun berkurang sebanyak 5 inci.

Target masa mula-mula join NECK cuma nak turun 10kg dalam 100 hari. Tak sangka boleh dapat lebih dari yang sepatutnya.




Gambar sebelah kanan tu dah boleh pakai 
jeans Levi's women cutting saiz 32

Sebelum ni tak pernah terfikir dapat kembali kepada berat badan yang asal, malah semua baju dan seluar yang sebelum ini tak muat dipakai dah boleh pakai semula. Rasanya kali ni lagi inchloss lebih daripada sebelumnya. Sebab itulah saya kata menyesal join program NECK ni sebab tak sengaja boleh jadi kurus semula hihihi.

Dulu saya hanya bermimpi dapat pakai seluar jeans jenama Levi's potongan perempuan sebab peha saya agak besar. Faham-faham ajelah saiz seluar jeans Levi's paling besar pun saiz 32. Memang boleh naik sampai tahap lutut jelah huhuhu. Sekarang ni kiranya impian dah terlaksana..alhamdulillah. Malah dah tukar ke saiz 31.




Dapat pakai semula baju kurung raya tahun 2012


TERUSKAN BERDIET

Walaupun program 100 hari dah lama berlalu tetapi saya dan rakan-rakan dalam NECK Batch 1 tetap meneruskan cara hidup sihat seperti yang kami amalkan selama 100 hari sebelum ini. Cuma tidaklah seketat seperti semasa dalam program. Bila dah terasa makanan yang diambil hari tu agak berlemak atau terlebih kalori maka pandai-pandailah counter balik dengan mangamalkan senaman yang bersesuaian untuk bakar balik kalori tersebut.

Itulah pentingnya diet secara berilmu di mana segala ilmu yang kami pelajari dalam program tetap kami praktikkan dalam kehidupan seharian. Buktinya berat badan kami tetap maintain walaupun selepas program (klik di sini). Malah secara tak sengaja makin berkurang lagi hihihi. 




Gambar terkini..
alhamdulillah masih meneruskan diet sihat

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

Pesanan saya buat anda semua, amalkanlah cara hidup sihat. Rajin-rajinlah bersenam untuk kesihatan jantung dan jaga pemakanan anda sentiasa bagi mengelakkan sebarang penyakit yang disebabkan oleh kegemukkan.

Hargailah kehidupan selagi sihat. Yang dah berumahtangga kena ingat masih ada tanggungjawab yang dipikul iaitu anak, isteri, suami dan keluarga. Yang masih bujang pun kena ingat tanggungjawab kepada ibu bapa dan adik-beradik yang masih bersekolah.

Nak kurus tidaklah sesusah mana jika kita berilmu dan ada yang pantau. Yang paling penting ada kemahuan nak kurus dan berubah ke arah hidup yang lebih sihat.

Ada orang kata kos nak kuruskan badan sangat mahal. Nak kena beli alat senaman, nak bayar yuran coach, nak kena bayar masuk gym dan nak kena beli suplemenlah. Tapi diorang tak fikir pulak kos masa diorang menggemukkan badan lagi mahal. Masa tu bayar harga makanan mahal-mahal pun tak kisah pulak! Macam saya le..tapi itu dulu hihihi.

Oklah..saya doakan semoga kita semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Jumpa lagi!

***********************************************************************************************************

Anda ada masalah berat badan? Berminat untuk turunkan berat badan dengan cara mudah dan selamat? Jom baca Buku Now Everyone Can Kurus yang mengandungi Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dalam masa 100 hari.





Nak baca PERCUMA?

Sila download di sini: bit.ly/ebookneckfullversion

Atau

Hubungi saya Asainah (Ash) : 019-2481979 (Whatsapp/SMS/Telegram)

Sila baca di sini: www.everyonecankurus.blogspot.com untuk mengetahui sebarang aktiviti dan perkembangan peserta Now Everyone Can Kurus dengan lebih lanjut.