This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, May 22, 2015

TIPS MUDAH JIKA MAHU KURUS

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Saya doakan semoga anda "kurus dan sihat!"

Pada entri kali ni saya nak berkongsi sedikit tips bagaimana nak kurus dengan mudah.

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara di kedudukan teratas di Asia Tenggara di mana rakyatnya memiliki berat badan berlebihan dan obesiti.

Merujuk kepada artikel di bawah, 29.4% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas memiliki berat badan yang berlebihan. Manakala 15.1% dikategorikan sebagai obesiti.




Sekurang-kurangnya 2 daripada 5 orang dewasa di Malaysia 
mengalami obesiti


GEMUK GUNA MODAL LEBIH

Sebenarnya kan, orang gemuk ni banyak guna modal berbanding orang kurus.

Saya sendiri pun sebelum ni mengalami masalah kegemukkan yang melampau yang menyebabkan saya tidak selesa kerana banyak pakaian saya terutama pakaian kerja saya dah tak muat.

Satu lagi, bila badan kita dah gemuk maka secara tidak langsung kos perbelanjaan kita pun meningkat. Yelah, baju dan seluar semua nak kena beli baru sebab saiz dah bertambah dari saiz M ke XL..huhuhu.

Kalau korang nak tau, harga baju 'oversize' adalah 2 kali ganda lebih mahal berbanding harga baju saiz normal tau! 

Sebab apa mahal?

Sebab baju atau seluar yang 'oversize' ni kebanyakkannya dikeluarkan di luar negara terutamanya negara-negara Eropah kerana bersesuaian dengan saiz tubuh badan diorang. Jadi, bila sampai ke Malaysia harga pun akan jadi mahal.




Aku yang dulu vs sekarang..
Dah boleh pakai seluar jeans Levi's Woman Cutting saiz 32!


TIPS MUDAH NAK KURUS

Sebenarnya nak kurus mudah je kalau tahu cara yang betul.

Jom ketahui tips mudah ni!

Tips yang PERTAMA adalah perlunya ada MENTOR iaitu orang yang dah berjaya menurunkan berat badan mereka serta orang yang boleh membimbing kita supaya berjaya macam mereka. Just follow apa yang mereka amalkan untuk kuruskan badan. Bila ada mentor barulah kita mudah untuk turunkan berat badan.

Tips yang KEDUA adalah diet secara BERJEMAAH. Tidak dinafikan ramai yang mengeluh kerana dah amalkan macam-macam cara nak diet tapi tak berjaya. Saya pun macam tu jugak dulu. Semangat berkobar-kobar nak diet hanya 2 ke 3 hari je lepas tu..ke laut! 

Tapi bila saya amalkan diet secara berjemaah, alhamdulillah proses diet jadi sangat mudah dan menyeronokkan. Sebab apa saya kata mudah dan seronok? Sebab bila kita diet beramai-ramai maka semangat kita untuk kurus bertambah. Masing-masing akan update apa aktiviti senaman dan makanan yang diambil setiap hari.

Daya saing tu ada untuk kurus. Dalam hati mesti berkata "Diorang boleh kontrol makan, takkan aku tak boleh?". " Dia tu busy bekerja juga macam aku tapi tetap ada masa buat senaman, tapi aku ni asyik ada alasan je". Nampak tak? Orang lain boleh kenapa pulak kita tak boleh kan?

Tips yang KETIGA adalah KEMAHUAN NAK KURUS. Semua orang nak kurus kan? Tapi tak semua orang boleh merealisasikan kehendak mereka. Jika nak kurus mestilah seiring dengan kemahuan nak kurus yang berkobar-kobar. Sebab tu ada orang yang berjaya capai berat badan ideal dan ada yang gagal. Pokok pangkalnya kemahuan diri sendiri untuk berubah..bak kata orang putih ada passion!




Inilah yang dikatakan "Hot-hot chicken shit"

Tips yang KEEMPAT adalah BELAJAR KIRA KALORI. Hah..setiap orang yang nak turunkan berat badan ataupun sebaliknya WAJIB tahu cara kira kalori. Kalori yang dimaksudkan di sini adalah jumlah makanan yang kita ambil setiap hari dan jumlah kalori yang perlu dibakar.  

Jumlah pengambilan kalori bagi setiap orang setiap hari adalah berbeza sama ada dari segi berat, ketinggian, umur dan jantina. Kita perlu tahu apa itu Basal Metabolic Rate (BMR) (DCR) dan Daily Calories Requirement (DCR). Bila dah faham konsep ini barulah kita tahu berapa defisit kalori kita setiap hari untuk mencapai berat badan yang kita inginkan.


PEMAKANAN YANG BETUL SEMASA DIET




Ambil makanan seimbang ikut piramid makanan

Ramai orang beranggapan bila nak kurus mesti kurangkan makan, jangan makan nasi. Tapi sebenarnya teori mereka ni salah.

Diet yang betul adalah 70% jaga pemakanan dan 30% bersenam.

Jika nak kuruskan badan, mentor saya kata wajib makan 5 kali sehari, wajib makan nasi tiap hari! Tapi takdelah setiap kali makan kena ambil nasi ye, sekali sehari je tau! Waktu yang sesuai ialah waktu makan tengahari. Pastikan nasi hanya segenggam penumbuk.

Maksud wajib makan 5 kali sehari kat sini ialah ambil sarapan pagi, snek pukul 10 pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Tapi pastikan kalori yang diambil untuk kelima-lima waktu makan ni tidak melebihi jumlah BMR kita dalam sehari. Sebab tu tadi saya bagitau pentingnya tahu kira kalori.

Kalau kita makan kurang daripada jumlah BMR, maka berat kita akan turun. Jika terlebih maka berat kita akan naik. Faham ke faham?

Yang penting elakkan atau kurangkan makanan yang bergoreng, berminyak, bergula, bersantan dan kurangkan garam.

Jadi kesimpulannya, takde alasan kata nak diet kena berlapar sebab 5 kali makan sehari dengan jumlah kalori yang betul sudah cukup mengenyangkan.


WAJIB BERSENAM

Bersenam adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan badan dan kesihatan jantung kita. Untuk kekal sihat, kita disarankan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit.

Jadi, untuk memiliki tubuh badan yang cantik ala-ala Supermodel kita kenalah bersenam. Bersenam ni bukan sahaja untuk membakar lemak tetapi ia juga sangat penting untuk membina semula otot kita yang yang dah kendur akibat berdiet.

Antara senaman yang disarankan untuk membakar lemak dengan cepat adalah senaman KARDIOVASKULAR. Senaman Kardio terdiri daripada berlari, berbasikal, berenang, lompat tali (Skipping), aerobik dan banyak lagi.

Anda juga boleh pilih senaman yang boleh dibuat di rumah. Sudah tentu ia memudahkan anda dan juga menjimatkan masa. Tiada alasan untuk tidak bersenam sekiranya inginkan berat badan yang ideal.

Siapa yang ada lebih masa tu boleh le ke gym ataupun taman.

Semoga kita sentiasa kurus dan sihat!


=================================================================

Jika anda nak dapatkan tips kurus PERCUMA bolehlah hubungi  saya segera! Call/ Whatsapp/ Telegram: 019-2481979 (Ash).