This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, February 12, 2015

PENTINGNYA WARMING UP DAN COOLING DOWN SEMASA BERSENAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Noona Ash. Saya doakan semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Jom kita baca berkenaan topik di atas.

Secara umumnya, tidak semua di kalangan kita tahu dan arif berkenaan senaman atau latihan jasmani dan kaitannya kepada tubuh badan kita. Selama ini, kita hanya bersenam mengikut keperluan dan kehendak kita dan berhenti apabila berasa letih dan tak larat.

Tapi, tahukah kita bahawa pentingnya Warming Up dan Cooling Down sebelum dan selepas bersenam? Apa pulak yang dimaksudkan dengan Warming Up dan Cooling Down?



Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang pernah saya pelajari berkenaan kepentingan Warming Up (pemanasan tubuh) dan Cooling Down (penyejukkan badan) sebelum dan selepas kita melakukan sesuatu senaman atau latihan jasmani.

Warming Up dan Cooling Down adalah satu aktiviti yang wajib dilakukan semasa sesi senaman (Workout). Walaupun ianya nampak sangat simple tapi ia sangat penting. Ini kerana, apabila kita melakukannya sebelum dan selepas kita bersenam maka risiko untuk mengalami kecederaan semasa kita bersenam dan sakit-sakit badan selepas bersenam dapat dielakkan.

Warming Up


Merupakan proses pemanasan badan sebelum kita melakukan senaman. Ia dilakukan bagi memastikan tubuh badan kita berada di dalam keadaan bersedia untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan jantung, sendi dan otot.






Kepentingan melakukan warming up adalah untuk:
  • Menaikkan tingkat energi yang dikeluarkan oleh metabolisme tubuh.
  • Mengurangkan ketegangan pada otot.
  • Mempercepatkan perjalanan signal saraf yang memerintah pergerakkan tubuh.
  • Meningkatkan pertukaran oksigen dalam hemoglobin.
  • Memudahkan otot-otot berkontraksi dan rileks dengan cepat dan efisyen.
  • Meningkatkan keupayaan (kapasiti) kerja fizik.
Prosedur:
  • Lakukan lebih kurang 5-10 minit.
  • Gerakkan sendi dan otot bermula dari kepala hingga kaki.
  • Untuk aktiviti berlari, lakukan berjalan pantas selama 5-10 minit.
  • Lakukan sehingga berpeluh sedikit tapi jangan sampai kepenatan!

Cooling Down


Merupakan proses penyejukkan badan yang wajib dilakukan selepas kita melakukan aktiviti fizikal. Perlahankan pergerakkan fizikal yang dilakukan selama 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. 

Kebiasaannya ramai yang ambil mudah bab-bab cooling down ni. Sebab itu badan dan otot mudah berasa sakit. Selepas bersenam, terus pergi menjamu selera ataupun balik rumah, betul tak? 






Kepentingan Cooling Down:

  • Mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara beransur-ansur.
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Mengurangkan kelesuan otot.
  • Meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen.
  • Menurunkan paras degupan jantung dan pernafasan ke paras normal.
  • Mengelakkan rasa pening.

Prosedur:

  • Lakukan lebih kurang 5-10 minit.
  • Ulang semula aktiviti semasa warming up. Lakukan dari bahagian kaki hingga kepala.
  • Pastikan semua anggota badan terlibat bagi mengelakkan otot kelesuan dan cedera.
  • Pastikan setiap regangan dilakukan selama 10-15 saat.

Oklah..harap ilmu yang saya sampaikan ni bermanfaat kepada anda. Semoga selepas ni anda semua dapat melakukan senaman dengan cara yang betul dan selamat.

Jom amalkan cara hidup sihat! Anda terpaksa hidup dengan sihat..Aamiin.

************************************************************************************************************

Anda ada masalah berat badan? Berminat untuk turunkan berat badan dengan cara mudah dan selamat? Jom baca Buku Now Everyone Can Kurus yang mengandungi Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dalam masa 100 hari atau hubungi saya 019-2481979 (Ash) untuk keterangan lanjut.


Nak baca PERCUMA?

Sila download di sini: bit.ly/neckfullversion


************************************************************************************************************
Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.