This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, January 5, 2015

Perlukah Ada Azam Tahun Baru?

Assalammualaikum kepada para pembaca yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT sekalian. Alhamdulillah, dapat kita bertemu semula dalam entri kali ini. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat terutamanya di awal tahun baru 2015 ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya meengucapkan 'Selamat tahun Baru' kepada kalian semua. Mood mesti dalam keadaan bersemangat dan berkobar-kobar kan?



Sinonimnya setiap kali menjelang tahun baru, perayaan atau pesta bagaikan satu kemestian bagi menzahirkan perasaan keterujaan terhadap tahun baru yang akan tiba. Maka bermacam-macam le bentuk keraian yang diadakan di seluruh dunia.  Namun ia bukanlah bermakna bahawa kita dimestikan atau dilarang sama sekali untuk melakukan apa-apa acara atau sambutan bersempena menjelangnya tahun baru ini. Islam juga turut memberi panduan kepada kita sebagai umatnya iaitu apabila menjelang tahun baru, disunatkan untuk dimulai dengan bacaan doa menjelang akhir tahun dan juga doa menjelang awal tahun, diikuti bacaan surah Yasin dan solat hajat, sebagai persiapan untuk menyambut tahun baru.

Secara umumnya, ketibaan tahun baru  menandakan peralihan masa dan peredaran zaman yang menjadikan hari ini kepada semalam dan peristiwa semalam yang telah berlaku itu akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. Namun apa yang lebih signifikan dari itu adalah persediaan diri kita untuk belajar, menterjemah dan seterusnya memperbaiki keadaan diri sebagai seorang insan, seorang individu dalam kelompok sosial dan lebih-lebih lagi sebagai seorang makhluk Tuhan.

Apa itu Azam?



Azam merupakan matlamat yang menjadi impian seseorang. Impian ini bukan angan-angan kosong, tetapi seharusnya adalah hasrat dan keinginan yang realistik. Hasrat yang realistik ini pula bergantung kepada sikap yang optimistik serta perancangan dan perlaksaan yang rapi. Persoalan lain timbul apabila terdapat mereka yang berazam, namun disudahi dengan kegagalan. Memang wujud perbezaan antara orang yang gagal dengan mereka yang berjaya walaupun mempunyai azam dan semangat yang berkobar-kobar. Betapa ramai juga individu yang merancang tetapi merancang untuk menjadi gagal, walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang mahukan kegagalan. Namun pada asasnya, individu yang berjaya adalah mereka yang bukan semata-mata merancang, tetapi juga melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan. Tujuannya ialah agar memperolehi hasilnya dalam jangkamasa yang tertentu, di samping sentiasa memperbetulkan strategi sekiranya terdapat gangguan yang boleh mencetuskan kegagalan.

Perlukah Azam Tahun Baru?



Oklah..berbalik kepada tajuk utama kita 'Perlukah Ada Azam tahun Baru? Ya! Bagi saya ia perlu..Kenapa? Sebagai seorang individu, kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa juga mahu maju ke hadapan dalam melakukan apa saja perkara yang baik. Sebagai umat Islam pula, kita digesa untuk sentiasa bermuhasabah dengan memperbaiki diri dan amalan dalam kehidupan. Ini kerana seorang individu muslim yang baik adalah mereka yng sentiasa berusaha untuk menjadi individu yang terbaik, di mana amalan dan kehidupannya pada hari ini lebih baik daripada yang semalam, manakala kehidupan pada keesokan pula seharusnya lebih baik daripada hari ini.

Cara  untuk Mencapai Matlamat yang Diingini 



1. Kesedaran untuk berubah. 

Seseorang itu perlu menyedari mengapa ia perlu berubah. Contoh paling mudah, seorang perokok tidak mungkin berhenti merokok sekiranya ia tidak menyedari kemudharatan atau kemanfaatan berhenti merokok, lebih-lebih lagi jika ia telah sebati sekian lama dalam dirinya. 

2. Kesanggupan untuk berubah.

Terdapat ramai individu telah sedar dan ingin berhenti merokok tetapi tidak atau belum sanggup lagi untuk berhenti meninggalkannya kerana pelbagai faktor, antaranya tidak sanggup untuk meninggalkan kenikmatan subjektif merokok.

3. Berniat tegas untuk berubah dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.

Pasang niat dalam hati untuk berubah dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Contohnya nak turunkan berat badan dalam masa 3 bulan. Dalam jangka masa tersebut kena bertegas untuk mengekalkan pengambilan makanan seimbang dan bersenam 3 kali seminggu.

4. Patuh kepada niat dan azam.

Tindakan bahawa perubahan di atas dilakukan dalam tempohnya dan perubahan tersebut kelihatan benar-benar berlaku.

5. Pemantauan.

Akhir sekali, proses pemantauan terhadap tindakan pematuhan bagi memastikan sama ada pematuhan itu berlaku, diabaikan, ditangguhkan, dituruti atau sebagainya, agar tidak menyeleweng dari azam sebenar iaitu untuk berubah menuju kebaikan.

Azam, Usaha, Doa dan Tawakkal



Tapi, kebanyakkkan individu pada hari ini akan berkobar-kobar dengan azam baru hanya pada awal tahun sahaja dan selepas itu azam entah melayang ke mana hala, betul tak? Sebenarnya apa-apa pun yang kita azamkan atau impikan sama ada nak berjaya, nak jadi lebih baik, nak kurus, nak sihat waimah apa sekalipun mestilah diiringi dengan usaha yang gigih dan berterusan. Kalau setakat berazam je tapi tak diusahakan dengan bersungguh-sungguh ibarat menunggu bulan jatuh ke riba je takde maknanya. Baik kita samakan je diri kita dengan si Mat Jenin! 

Selain itu, berdoa dan bertawakkallah banyak-banyak kepada Allah SWT semoga apa yang kita usahakan selama ini akan berjaya dan diberkati olehNya..Inshaa Allah. Semoga secebis coretan saya ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menyedarkan kita supaya bangun daripada mimpi-mimpi indah yang selama ini kita ciptakan. Jadikan mimpi -mimpi tersebut  sebagai satu kenyataan..Buktikan! Wallahualam.  

#################################################################


Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

Business Opportunity with Shaklee
&
Free Consultation

ASAINAH BT LARAPIU
SID NO: 1170361
HP: 019-2481979 (CALL/WHATSAP)
E-MAIL: ashdnor79@gmail.com
FACEBOOK: Ash D'Nor