This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, December 21, 2015

NOW EVERYONE CAN KURUS: Mudahnya Nak Kurus Guna Formula M.E.S.T.I

Assalammualaikum,

Salam ceria diucapkan kepada para pengunjung blog Noona Ash.

Saya doakan semoga anda semua sentiasa di bawah rahmat Allah swt.

Oklah, kali ni saya nak berkongsi tips bagaimana saya dan semua peserta program Now Everyone Can Kurus (NECK) dapat menurunkan berat badan dengan mudah.

Sebelum tu saya nak bercerita sikit, kebelakangan ni tak kiralah kat Facebook, Whatsapp Group ataupun kat mana-mana aplikasi berbual ramai yang mengadu kepada rakan-rakan badan mereka dah gemuk. Ada antara mereka yang tertanya-tanya kenapa susah sangat nak turunkan berat badan? Kenapa susahnya nak istiqomah dalam berdiet?

Ada yang cakap diorang dah banyak kali cuba untuk menurunkan berat badan tapi tetap tak berhasil. Ubat kurus tak perlu cakap le dah macam-macam mereka cuba. Hasilnya memang berat badan turun tapi sikit je, lepas tu naik semula dua kali ganda..

Di sini apa yang boleh saya katakan..sangat KESIAN!

WAJIB ADA KESUNGGUHAN JIKA NAK KURUS



Anda kena ingat, kalau orang lain mencuba dan terus mencuba berkali-kali untuk menurunkan berat badan tanpa berputus asa tapi kenapa anda yang baru dua hingga tiga kali mencuba dah cepat putus asa?

Nak menurunkan berat badan perlukan keyakinan, keazaman dan pengorbanan. Pernah tengok kan bayi yang baru nak mula berjalan? Boleh tengok perkembangannya macam mana. Mula-mula dia bertatih dulu itu pun asyik jatuh lepas tu bangun semula. Tapi bayi tak pernah "GIVE UP", dia akan terus bertatih dan bertatih sehingga dia dapat berjalan dengan laju sehingga akhirnya boleh berlari.



Inilah yang "Mat Salleh" selalu kata "PRACTICE PERFECT MAKE PERFECT".

Nampak tak? Betapa kuatnya semangat bayi tersebut jika dibandingkan dengan kita yang dah dewasa ni. Cepat sangat mengalah. Cepat sangat give up.

ANDA NAK KURUS SEBAB APA?

Sebenarnya nak kurus pun kena lihat NIAT kita tu. Adakah anda nak kurus disebabkan pandangan mata orang lain? Adakah kerana nak puaskan diri anda sendiri? Adakah kerana suami/ isteri? Adakah kerana Allah SWT? Atau sebab nak hidup secara sihat?




Pengakuan peserta yang berasa semakin sihat dan ingin sihat 
bila menyertai program NECK

Kena ingat ye, nak kurus pun kena ada REDHA daripada Allah SWT. Kenalah selalu mohon kepadaNYA dalam setiap doa kita. 

Saya dan semua peserta NECK pun bukan seminggu dua boleh turunkan berat badan. Kami juga ambil masa sekurang-kurangnya sebulan hingga dua bulan untuk menampakkan hasil. Sokongan orang di sekeliling amat diperlukan. Formula M.E.S.T.I. memang sangat membantu kami.

APA ITU FORMULA M.E.S.T.I.





Formula M.E.S.T.I. adalah 5 elemen penting dalam kejayaan kami menurutkan berat badan. Ia terdiri daripada MENTOR, ELMU, SOKONGAN, TINDAKAN dan IMPIAN.

Sebab itu para peserta NECK sangat mudah menurunkan berat badan dan mencapai target berat badan ideal mereka hanya dengan mengamalkan 5 elemen tersebut.

Nak kurus kena ada MENTOR iaitu cari orang yang akan membimbing dan mengajar kita cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Dalam program NECK, kami ada MENTOR iaitu Coach yang berpengalaman dalam membantu orang untuk kurus dan sihat. 




Abang Ketak a.k.a Coach

ELMU iaitu gabungan di antara EMOSI dan ILMU. EMOSI seseorang adalah sesuatu faktor pendorong untuk dia melakukan sesuatu perkara ataupun perubahan di dalam kehidupannya. Sesuatu perubahan yang akan dilakukan itu pula mestilah berlandaskan ILMU dan bukannya meng"khinzir" buta. Biasanya perkara inilah yang berlaku kepada kita, beremosi nak kurus sebab malu bila diejek orang sekeliling tetapi tiada ilmu bagaimana nak kurus dengan cara yang berkesan dan selamat. Inilah yang dikatakan BIG WHY!

SOKONGAN daripada orang di sekeliling kita juga amat penting. Ramai yang tak berjaya menurunkan berat badan disebabkan tidak mendapat sokongan daripada orang di sekeliling misalnya daripada keluarga ataupun rakan-rakan. Dalam program NECK, anda tidak dibiarkan hanyut berseorangan kerana akan ada coach, krew dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bagi semangat. Itulah kelebihannya bila anda menyertai program kurus secara berjemaah ni.  







Bersama Coach dan teman-teman seperjuangan dalam NECK

Semua perkara di atas tidak akan berjaya jika tidak disusuli dengan TINDAKAN. Nak kurus kena bertindak, bukan sekadar bercakap dan berangan-angan nak kurus. Bertindak segera! Bukan tunggu dan lihat, nanti orang lain dah berjaya kita baru terhegeh-hegeh nak mula. "FAST ACTION FAST RESULT"!

Setiap individu mesti mempunyai IMPIAN masing-masing. Cuma bagaimana cara mereka merealisasikan impian tersebut yang berbeza-beza. Biasanya bila kita berimpian maka secara automatik akan disusuli dengan TINDAKAN dan melakukan semua perkara di atas untuk mencapai impian tersebut.




Masa ni pasang IMPIAN nak kurus macam Nur Fathia hikhikhik..berangan kan percuma!

Begitulah juga jika anda berimpian nak kuruskan badan. Segeralah lakukan perkara di atas. Inshaa Allah ianya pasti berhasil kerana saya sendiri dan semua peserta NECK sudah berjaya melaluinya. 

ANTARA PESERTA YANG DAH BERJAYA


Inilah saya 
 Kak Dian
 Shiemz..memang gemuk dari zaman anak dara
 Bonda Embun..seorang warga emas
 Kak Ina..seorang pensyarah
 Kak Tun Azah..ibu kepada 8 orang anak
Gee..akak soljer macam saya hehe..

Macam mana? Rasa terbakar tak bila tengok kejayaan diorang?

Jika anda berminat untuk menyertai program Now Everyone Can Kurus , anda boleh hubungi saya Asainah (Ash) di 019-2481979 sama ada melalui WhatsApp ataupun Telegram untuk maklumat lanjut.

Saya doakan anda yang berazam untuk menurunkan berat badan supaya berjaya suatu hari nanti. Semoga anda kurus dan sihat! 



Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.




Friday, October 16, 2015

Projek "The Walking Beauty" - Miliki Spa Sendiri

Assalammualaikum, 

Saya doakan semoga anda yang mengunjungi blog Noona Ash ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.

PROJEK "THE WALKING BEAUTY"

Sebelum ini saya pernah mengikuti program Dr Azizan Osman. Dalam program tersebut, dia selalu tekankan,

" Jangan buat bisnes sebab nak kaya, tapi buat bisnes sebab nak bantu orang lain. Bantu permudahkan urusan orang lain dan nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita buat bisnes sebab ini, jangan risau..kita terpaksa kaya."

Apabila saya faham konsep ini, saya mula praktikkan untuk tidak menjual produk. Tetapi saya cari jalan bagaimana saya dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Sebelum ini, saya giat membantu rakan-rakan dan orang di sekeliling saya melalui program Now Everyone Can Kurus (NECK). Alhamdulillah program ini masih berjalan lancar malah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sekarang ini, saya nak bantu mempermudahkan urusan kaum hawa di luar sana yang selama ini berimpian untuk mempunyai Spa sendiri di bawah "The Walking Beauty Project" yang diasaskan oleh puan Ainul Shahrazad. 

Matlamatnya mudah je,

Nak bantu ramai wanita di luar sana untuk memiliki Spa dengan nama sendiri dan menjana pendapatan dengan mudah serta dapat duit tunai segera.

Yelah kan, dalam keadaan ekonomi sekarang ni kita terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk menampung keperluan harian seperti duit minyak kereta, duit bayar tol, duit perbelanjaan sekolah anak-anak dan banyak lagi. Pendek kata, semua guna duit.

Mereka yang join projek ini, kalau terus amalkan tips dan tunjuk ajar yang telah diberikan, Inshaa Allah akan cepat dapat hasilnya.



Selepas sesi latihan facial muka



Selepas sesi latihan SPA Badan



Semasa mendengar penerangan daripada puan Ainul bagaimana cara membuat SPA badan.



Sesi latihan cara membuat facial wajah.

Semua peserta diberi latihan menjalankan SPA secara PERCUMA. Ya..latihan yang kami jalani adalah PERCUMA!! Kalau di luar kos training SPA mencecah RM1000 - RM1500 tau.

Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan setelah selesai sesi latihan dan layak menjadi CERTIFIED BEAUTCIAN.



I am a Beautician-to-be Ash


Inilah dia puan Ainul, pengasas The walking Beauty Project.


Sebahagian peserta yang menghadiri sesi latihan Natural Home SPA bersama puan Ainul. Alhamdulillah, sesi latihan yang memakan masa hampir sehari ini banyak membantu kami belajar bagaimana menjalankan bisnes SPA hanya dari rumah.




Hanya produk berasakan bahan semulajadi yang digunakan.



Sebahagian peralatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat facial muka.



Mangsa pertama selepas balik dari kelas facial..My Mr Hubby ler hahaha. Ni proses cleansing atau mencuci muka.




Bubuh masker. My Hubby pilih masker herba selain protein memandangkan dia mempunyai masalah resdung. Sampai tidur berdengkur abaq hang..



Sebelum dan selepas facial.


Untuk pengetahuan anda, projek The Walking Beauty ni hanya menggunakan produk berasaskan bahan SEMULAJADI dan tidak menggunakan sebarang produk berasaskan bahan kimia. Ini kerana, kami nak pastikan customer mendapat hasil yang terbaik dan tidak memberi kesan sampingan kepada mereka.


Salah seorang rakan kami dah buat Home SPA. SPA 100% hanya dari rumah sahaja area Sentul dan Setapak. 


BERMINAT UNTUK MEMILIKI BISNES SPA ATAS NAMA ANDA SENDIRI?

Apa yang kami boleh tawarkan adalah dengan pakej RM750:
  • Anda MAMPU MILIKI SEBUAH SPA atas nama anda sendiri.
  • Anda berpeluang untuk belajar facial dan SPA secara PERCUMA. Biasanya kos di luar untuk kelas belajar SPA di antara RM1,000 - RM1,500 tidak termasuk produk SPA.
  • Anda dapat terus Produk SPA dan anda dah boleh start bisnes SPA anda sejurus selesai sesi latihan.
  • Lifetime coaching daripada Support Group untuk bantu dari segi marketing.
  • Sijil penyertaan.
  • Yang paling best, anda boleh dapat income 4 angka sebulan walaupun anda hanya duduk di rumah sahaja.

APA YANG AKAN ANDA BELAJAR?

Dengan pakej RM750 tersebut, anda akan belajar:
  • Body Scrub + Urut Lulur
  • Mandian Susu Whitening
  • Facial Relax Seri Wajah
  • Wap Aroma Sauna
  • Spa Cantik Tangan
  • Spa Cantik Kaki
Semua ini kalau kat luar harga training sahaja mencecah RM1,500. Tetapi dengan menyertai kami, anda hanya perlu membayar RM750 sahaja. Itu pun bayaran untuk harga produk sahaja tau!

Untuk anda yang berada di luar kawasan KL dan Selangor JANGAN RISAU! Beautician kami ada di seluruh negeri di Malaysia untuk train ada jika betul-betul berminat. 

Jadi, sangatlah rugi jika anda tak rebut peluang ini.

Jika anda berminat untuk membuka SPA anda sendiri, anda boleh hubungi saya Asainah (Ash) di 019-2481979 untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan saya dalam membantu orang di sekeliling saya.

Rabbi Yassir Wala Tuassir.

Ash
Owner Noona Ash D'Beauty Secret 
Home & Mobile SPA



Feel free untuk tekan button SHARE jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan orang lain.




Monday, September 7, 2015

PERUBAHAN DIRIKU SELEPAS 100 HARI BERSAMA PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Assalammualaikum kepada pembaca blog NoonaAsh yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Kali ni saya nak berkongsi kisah saya selama menyertai Program "Now Everyone Can Kurus" Batch 1 yang bermula pada 1 Februari 2015  sehingga 11 Mei 2015 yang lalu. Walaupun program ni dah pun berakhir, tetapi masih belum terlambat rasanya untuk saya berkongsi pengalaman saya dengan kalian.

Sebelum saya mulakan kisah saya ni, jom kita fahami serba sedikit apa itu NECK?

NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)



Merupakan sebuah program yang dianjurkan bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dalam masa 100 hari.

Dalam program ini, kami sebagai peserta akan dibimbing melalui aplikasi Telegram/ Whatsapp oleh seorang Personal Trainer (Abang Ketak) yang sangat berpengalaman dalam membantu ramai orang menurunkan berat badan.

Sepanjang program ini, kami diajar ilmu menurunkan berat badan dari segi penjagaan emosi, pemakanan dan senaman.

Program ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan tetapi terlalu sibuk bekerja sehingga mempunyai masa yang terhad untuk bersenam. 

Ia juga sesuai untuk mereka yang gagal menurunkan berat badan sebelum ini kerana tidak mempunyai ilmu atau motivasi tinggi. Dalam NECK ni, kami diet secara berjemaah dalam satu kumpulan yang mana semua orang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk KURUS dan SIHAT.

KENAPA SAYA SERTAI NECK

Dah nama pun program "Now Everyone Can Kurus", jadi sudah semestinya sesiapa yang menyertai program ini punyai  matlamat utama iaitu nak KURUS

Begitu juga lah dengan saya. 




Dah dikategorikan "overweight"

Tahun 2015 ni merupakan tahun di mana saya perlu menyambung perkhidmatan saya di dalam Angkatan Tentera Malaysia untuk ke 21 tahun.

Sebagai seorang anggota tentera, penjagaan berat badan amat dititikberatkan. Indeks Jisim Tubuh (BMI) mestilah tidak melebihi 26.9 bagi melayakkan kami disokong untuk kenaikkan pangkat, menyambung perkhidmatan, menghadiri kursus kerjaya dan menyertai misi PBB.

Memandangkan berat badan saya dah mencecah 78.8kg dengan ketinggian 165cm, maka BMI saya sudah mencecah 28.9. Saya sudah dikategorikan overweight dan keadaan ini amat membimbangkan saya.

Bukan sahaja saya tak dapat disokong untuk sambung perkhidmatan, tetapi saya rasa badan saya mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti cepat letih walaupun berjalan sekejap.

PUNCA BADANKU MULA GEMUK

Penghujung tahun 2012 merupakan titik permulaan kepada perubahan bentuk badan saya. 



Gambar semasa Send-Off MALBATT V yang akan berlepas ke Lubnan 
di TUDM Subang

Semuanya bermula apabila saya menghentikan pengambilan ubat perancang keluarga kerana suami saya telah ditugaskan di bawah panji-panji PBB ke Lubnan selama setahun.

Kesannya, selera makan saya semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang tu pukul 11 malam pun saya makan roti dan makanan ringan lagi untuk menghilangkan rasa lapar.

Waktu tidur malam yang lambat juga menjadi faktor penyumbang kepada pertambahan berat badan saya. 

Memandangkan waktu Malaysia dan Lubnan berbeza 6 jam, jadi setiap pukul 11 malam ke atas baru lah saya dapat bersembang dengan suami saya melalui aplikasi Skype. 

Sambil bersembang tu lah saya wajib mengunyah supaya mata tak mengantuk..maka badan saya pun mengembang bagaikan dipam-pam dengan jayanya huhuhu. 




Gambar semasa My Hubby balik bercuti..badan dah start berisi..
tengok je lengan ku itu..

Pada masa itu, rakan-rakan di sekeliling saya sudah mula perasan akan perubahan bentuk badan saya yang semakin sihat. Sihat lah sangat! Tapi saya buat derk lagi.

Sehinggalah suatu hari buddy saya tegur, " Ko ni Ash..orang lain tu hubby diorang pergi misi badan diorang jadi kurus..tapi ko ni makin gemuk le pulak. Senang hati ke?"

Fuhh! Sentap habaq hang..dia ni memang tak pernah kata saya gemuk walaupun saya rasa badan saya naik sikit. Tapi bila dia kata macam tu memang saya terasa sampai ke tulang sum-sum. 




Kemuncak kepada kegemukkan yang melampau 
menyebabkan ku terpaksa join NECK!

Masa ni, ujian lari 2.4km pun lulus cukup-cukup makan..pancit!

MACAM-MACAM CARA NAK KURUS

Setelah mengakui badan sendiri memang dah gemuk, maka macam-macam usaha saya buat untuk kurus.

Pelbagai jenis ubat kurus saya cuba tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan risikonya kepada badan saya. Pantang tengok iklan pelangsingan di majalah ataupun yang kawan-kawan promo, mesti nak cuba walaupun harganya memang mahal.

Inilah salah satu kelemahan orang perempuan ni..sanggup berhabis duit sebab nak cantik. Tak sangka saya pun terjebak juga!





Bukti betapa bahayanya ubat kurus

Apabila makan ubat kurus tersebut, badan saya mula menunjukkan tindakbalas seperti kepala jadi sakit, tekak jadi mual, badan rasa seram sejuk, berpeluh dan degupan jantung jadi laju.

Pada mulanya saya menganggap itu hanyalah kesan sampingan (Healing Crisis) ubat tersebut tetapi bila degupan jantung saya jadi laju dan badan rasa menggigil maka saya pun mula tak sedap hati.

Saya mula jadi takut dengan tindakbalas tersebut sebab tidak pernah mengalaminya dan mula merasa curiga. Jadi saya terus ambil keputusan untuk berhenti seketika.

Dalam masa yang sama, saya dikehendaki membuat Medical Check-Up di hospital iaitu rutin anggota tentera setiap 2 tahun sekali. Semasa temujanji doktor, saya diberitahu oleh doktor tersebut bahawa air kencing saya mengandungi darah. Kemungkinan buah pinggang saya bermasalah




Punca kerosakkan buah pinggang

Untuk memastikan kemungkinan tersebut, dalam masa 2 minggu saya kena datang semula untuk buat ujian air kencing. Dalam perjalanan balik dari hospital macam-macam benda yang saya fikirkan. Apa punca yang menyebabkan air kencing ada darah?

Setelah diselidik, baru lah saya tahu bahawa puncanya adalah ubat kurus. Kebiasaannya ubat kurus terdiri daripada herba dan agak panas sebab ianya dihasilkan khusus untuk membakar lemak dan saya pula kurang minum air masak. Akhirnya badan yang merana..

Mulai hari itu, saya bertekad untuk tidak akan mencuba lagi mana-mana ubat kurus. Baki ubat tersebut ada 2 kotak lagi saya sedekahkan je kepada kawan saya yang juga pengguna produk tersebut. 

Dua minggu kemudian saya datang semula ke hospital untuk membuat semula ujian air kencing. Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa air kencing saya normal dan buah pinggang saya berkeadaan baik.  

Kalau nak tau, hasil makan ubat kurus tersebut selama 2 minggu berat saya turun hanya 1kg sahaja. Bila berhenti ambil, berat badan saya naik 3kg huhuhu.

SYUKUR DIPERTEMUKAN DENGAN PROGRAM NECK




Rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan Empayar Maria Firdaus yang merupakan pengasas kepada program NECK ini.

Melalui program NECK ini lah semangat saya untuk menurunkan berat badan kembali berkobar-kobar. Yelah..bukan mudah sebenarnya nak diet sorang-sorang ni, kang ke laut! 

Program diet beramai- ramai seperti ini memang sukar didapati di Malaysia. Jika ada pun terlalu sedikit dan contoh program yang sedia ada ialah Program JK1M yang dianjurkan oleh Kevin Zahari. Bukan mudah nak anjurkan program diet beramai-ramai secara online. 

Jadi, bila peluang dah ada di depan mata memang saya tak akan lepaskan. Yang penting diet secara sihat!

KELEBIHAN APABILA MENYERTAI PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS

Kalau korang nak tahu, peserta NECK ni bukannya berada di dalam Malaysia sahaja. Tetapi di seluruh DUNIA. Amacam? Setakat ni yang paling jauh di Dubai. 

Apabila menyertai program ini, kami dimasukkan ke dalam Secret Group Facebook Peserta Now Everyone Can Kurus. Sangat best kerana banyak ilmu yang dikongsikan di situ secara PERCUMA.

Kami juga dimasukkan ke dalam Telegram Group (Online Coaching) yang akan dipantau oleh Abang Ketak. Kat dalam group ni lah kami perlu update apa makanan yang kami ambil setiap hari dan senaman yang kami buat.

Setiap kesalahan yang kami buat akan ditegur oleh Abang Ketak. Tujuannya supaya kami faham cara pengambilan makanan serta senaman yang betul.




Dia ni ler Abang Ketak! Sador kan?
Sanggup datang KL untuk Coaching kitorang..

Energy dalam group ni sangat tinggi kerana semua peserta saling bantu-membantu dan memberi semangat di antara satu sama lain. Inilah yang disebut "program kurus secara berjemaah".

Walaupun ada yang tak pernah bersua muka tetapi hubungan kami akrab macam adik-beradik.


WAJIB MAKAN 5 KALI SEHARI

Jangan terkejut!

Dalam program ini kami diwajibkan makan 5 kali sehari. Satu lagi, WAJIB makan nasi setiap hari.  Macam tak percaya kan?




Antara menu yang diamalkan..

Pada mulanya, saya sendiri pun tak percaya. Betul ke ni nak kurus kena makan 5 kali sehari? Bukannya kena kurangkan makan ke?

Hah..itulah persoalan yang timbul di kepala kitorang ni!

Makan 5 kali sehari tapi ikut portion yang ditetapkan supaya pengambilan kalori tak berlebihan.

Di dalam seminggu, 6 hari adalah hari Defisit Day (Hari Menurunkan Berat Badan) dan 1 hari Maintenance Day (Hari Kekalkan Berat Badan). Maknanya, dalam seminggu kitorang diberi 1 hari kelonggaran untuk makan dan bersenam tanpa ikut jadual. Best kan?

Tapi ingat!

Pesan daripada Abang Ketak..makan tu sekadar merasa ye, bukan melantak hehe.


WAKTU TIMBANG BERAT




Waktu untuk timbang berat badan adalah selepas 2 minggu. Peserta tidak dibenarkan untuk timbang berat sebelum genap 2 minggu. 

Bacaan penimbang akan diambil selepas bangun tidur di antara pukul 6 hingga 7 pagi sebelum ke bilik air. Ini kerana berat badan kita pada waktu ini adalah yang paling tepat.

Kitorang dikehendaki menghantar laporan penurunan berat masing-masing kepada Master Firdaus dan abang Ketak di dalam group Telegram. 

Masa ni memang sangat-sangat nervous!

Sebab nak tau berat sendiri dan rakan-rakan yang lain. Ada daya saing dan saling support antara satu sama lain di situ..sangat terharu sebab kalau buat diet sendiri belum tentu dapat aura dan semangat positif macam ni, kan?

AKTIVITI SEPANJANG 100 HARI BERSAMA NECK

Bersesuaian dengan matlamat program NECK ini iaitu membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan tetapi tiada masa untuk ke gym, taman rekreasi dan sebagainya.

Tak semestinya nak kurus kita kena ke gym kan? Saya sendiri pun dapat merasa exercise di gym pun hanya selepas minggu ke-8 program NECK.

Setiap hari ada sahaja task yang akan diberi oleh Coach untuk dilaksanakan sama ada melalui video ataupun slide. Task yang diberi merupakan pelbagai jenis exercise mengikut kesesuaian dan berperingkat. 

Setiap minggu tahap kesukaran exercise akan bertambah memandangkan lemak-lemak yang ada di dalam badan kita semakin sukar untuk disingkirkan. Sebab itu ia memerlukan exercise yang betul dan berkesan.




Contoh task yang coach bagi setiap hari

Proses membakar kalori akan jadi mudah jika kita tahu cara yang betul dan ada coach yang memantau. So, kalau tak ke gym pun boleh kurus juga.

Yang paling penting, tahu cara kira kalori barulah mudah nak turunkan berat badan. Dalam NECK kitorang diajar cara kira kalori masing-masing. Berapa jumlah keperluan kalori seharian dan jumlah kalori yang perlu dibakar setiap hari. 

Wajib faham konsep kalori, wajib tahu apa itu Basal Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calories Requirement (DCR) serta cara pengiraannya mengikut keperluan masing-masing. Mana-mana pakar kurus memang akan ajar formula ni, barulah proses penurunan berat badan jadi lebih mudah.

Kalau nak tahu lebih lanjut apa aktiviti kitorang kenalah sertai NECK!


DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Tidak hanya bergantung kepada task yang coach beri, kena ada inisiatif lebih untuk kurus.

Pesan coach kalau nak turun 4kg dalam 2 minggu kenalah usaha lebih daripada 4kg, barulah matlamat tercapai. Sebab itu bila hari cuti saya akan curi masa ke Taman Tasik Titiwangsa atau Taman Tasik Keramat untuk Work Out.



Gambar hari pertama Program NECK Batch 1 bermula.





Exercise banyak dilakukan hanya di rumah

Sebenarnya bila sesekali kita beriadah kat luar dapat menghilangkan stress setelah seminggu bekerja. Ingat! Stress adalah salah satu punca kenapa kita jadi gemuk dan juga berat badan lambat turun. 


BERJAYA HILANGKAN 11.4KG!

Alhamdulillah.. setelah bertungkus-lumus selama 100 hari, akhirnya berat badan saya turun sebanyak 11.4kg iaitu daripada 78.8kg kepada 67.4kg. Satu kegembiraan yang tak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Ukur lilit pinggang dan peha pun berkurang sebanyak 5 inci.

Target masa mula-mula join NECK cuma nak turun 10kg dalam 100 hari. Tak sangka boleh dapat lebih dari yang sepatutnya.




Gambar sebelah kanan tu dah boleh pakai 
jeans Levi's women cutting saiz 32

Sebelum ni tak pernah terfikir dapat kembali kepada berat badan yang asal, malah semua baju dan seluar yang sebelum ini tak muat dipakai dah boleh pakai semula. Rasanya kali ni lagi inchloss lebih daripada sebelumnya. Sebab itulah saya kata menyesal join program NECK ni sebab tak sengaja boleh jadi kurus semula hihihi.

Dulu saya hanya bermimpi dapat pakai seluar jeans jenama Levi's potongan perempuan sebab peha saya agak besar. Faham-faham ajelah saiz seluar jeans Levi's paling besar pun saiz 32. Memang boleh naik sampai tahap lutut jelah huhuhu. Sekarang ni kiranya impian dah terlaksana..alhamdulillah. Malah dah tukar ke saiz 31.




Dapat pakai semula baju kurung raya tahun 2012


TERUSKAN BERDIET

Walaupun program 100 hari dah lama berlalu tetapi saya dan rakan-rakan dalam NECK Batch 1 tetap meneruskan cara hidup sihat seperti yang kami amalkan selama 100 hari sebelum ini. Cuma tidaklah seketat seperti semasa dalam program. Bila dah terasa makanan yang diambil hari tu agak berlemak atau terlebih kalori maka pandai-pandailah counter balik dengan mangamalkan senaman yang bersesuaian untuk bakar balik kalori tersebut.

Itulah pentingnya diet secara berilmu di mana segala ilmu yang kami pelajari dalam program tetap kami praktikkan dalam kehidupan seharian. Buktinya berat badan kami tetap maintain walaupun selepas program (klik di sini). Malah secara tak sengaja makin berkurang lagi hihihi. 




Gambar terkini..
alhamdulillah masih meneruskan diet sihat

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

Pesanan saya buat anda semua, amalkanlah cara hidup sihat. Rajin-rajinlah bersenam untuk kesihatan jantung dan jaga pemakanan anda sentiasa bagi mengelakkan sebarang penyakit yang disebabkan oleh kegemukkan.

Hargailah kehidupan selagi sihat. Yang dah berumahtangga kena ingat masih ada tanggungjawab yang dipikul iaitu anak, isteri, suami dan keluarga. Yang masih bujang pun kena ingat tanggungjawab kepada ibu bapa dan adik-beradik yang masih bersekolah.

Nak kurus tidaklah sesusah mana jika kita berilmu dan ada yang pantau. Yang paling penting ada kemahuan nak kurus dan berubah ke arah hidup yang lebih sihat.

Ada orang kata kos nak kuruskan badan sangat mahal. Nak kena beli alat senaman, nak bayar yuran coach, nak kena bayar masuk gym dan nak kena beli suplemenlah. Tapi diorang tak fikir pulak kos masa diorang menggemukkan badan lagi mahal. Masa tu bayar harga makanan mahal-mahal pun tak kisah pulak! Macam saya le..tapi itu dulu hihihi.

Oklah..saya doakan semoga kita semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Jumpa lagi!

***********************************************************************************************************

Anda ada masalah berat badan? Berminat untuk turunkan berat badan dengan cara mudah dan selamat? Jom baca Buku Now Everyone Can Kurus yang mengandungi Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dalam masa 100 hari.





Nak baca PERCUMA?

Sila download di sini: bit.ly/ebookneckfullversion

Atau

Hubungi saya Asainah (Ash) : 019-2481979 (Whatsapp/SMS/Telegram)

Sila baca di sini: www.everyonecankurus.blogspot.com untuk mengetahui sebarang aktiviti dan perkembangan peserta Now Everyone Can Kurus dengan lebih lanjut.