Sunday, December 21, 2014

Bye..Bye..Tonsilitis!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kalian sentiasa sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah..dapat juga kita bertemu untuk entri kedua saya ni. Semoga catatan saya kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda atau keluarga serta rakan-rakan anda yang sering mengalami Tonsil Bengkak (Tonsilitis). Bila Tonsil kita bengkak..mesti makanan yang sedap-sedap depan mata pun terpaksa kita abaikan, betul tak? Jom saya kongsikan pengalaman saya yang memang pengidap bengkak tonsil tegar (macam tak percaya kan?)

Sebenarnya saya adalah seorang yang memang mempunyai masalah tonsil. Bayangkanlah dalam tahun 2014 ni sahaja sudah empat kali penyakit bengkak tonsil ni menyerang saya. Agak luar biasa daripada tahun-tahun sebelumnya. Bermula pada bulan Januari semasa outstation ke Sandakan, kali kedua pada awal bulan Mac semasa outstation ke Tawau, kali ketiga pula semasa persiapan kahwin adik bongsu saya pada cuti sekolah bulan Jun dan yang keempat pada Hari Raya Aidlfitri yang lepas.

Hah..nampak tu! Saya perasan, setiap kali sebelum tonsil saya bengkak badan mula ler rasa tak sedap macam nak demam. Dan yang paling penting tekak mula rasa kering dan perit. Masa ni cara alternatif yang akan saya lakukan adalah dengan menelan Paracetamol dan telan ubat batuk. selain itu, saya akan kerap berkumur dengan air garam. Lozeng Dequadin memang akan sentiasa ada berada bersama-sama saya ke mana saja saya pergi.

Tapi itu semua tidak dapat membantu. Apabila tonsil mula membengkak sakitnya memang tak tertahan, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa azabnya. Bayangkan berat badan saya mesti akan turun 2 ke 3kg setiap kali diserang penyakit ni kerana nak makan dan minum pun tak boleh sebab tekak perit sangat setiap kali menelan. Pada masa ni hanya doktor dan klinik je ler yang dapat membantu..dan yang pastinya antibiotiklah yang paling saya perlukan. Ubat-ubatan lain selain daripada antibiotik adalah seperti ubat sakit tekak, ubat alergik dan ubat batuk. Pernah saya jumpa doktor sebanyak dua kali dalam satu masa kerana antibiotik yang diberi sudah tidak dapat melawan kuman dan saya memerlukan dos yang paling tinggi baru tonsil saya elok.

Ubat-ubatan yang biasa doktor berikan

Kemuncak kepada masalah saya ni adalah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas..masa tu turn beraya di kampung halaman my Mr Hubby iaitu di Sarawak. Lagi tiga hari nak balik KL penyakit tonsil saya pun menyerang. Saya hanya bertahan satu malam sahaja dan esok paginya my Hubby terus bawak pergi hospital. Kali ni memang kaw-kaw bengkak tonsil ni, sampai demam teruk saya dibuatnya. Masa jumpa doktor tu, dia tanya dah berapa kali saya kena sakit tonsil dalam tahun ni. Saya pun kata ler kat doktor dah kali keempat..terkejut dia. Jadi doktor tu pun suggest supaya saya buat operation untuk buang kedua-dua tonsil saya bagi mengelakkan ia memudaratkan tubuh badan saya. Tapi kan dah nak balik KL..so dia suruh ler saya buat operation sekiranya selepas ni tonsil saya bengkak lagi.

Takut? Siapa kata tak takut..saya dah terbayang-bayang dah sakitnya bila bedah tonsil tu. Boleh makan ke tidak? Doktor tu dah bagitau sekiranya selepas saya buat operation tu, saya akan susah untuk makan dan minum sekurang-kurangnya 2 minggu. Kecut perut mak! Saya pun nekad..lepas ni sekiranya tonsil saya bengkak, saya memang akan serah diri kat hospital untuk operation. Semuanya untuk kebaikan diri saya jugak setelah sehabis fikir.

Bila dah balik ke KL dan dah mulakan kerja macam biasa..saya dah pun terlupa berkenaan penyakit tonsil saya ni sehinggalah satu hari tu officemate saya tegur saya. Katanya dah lama saya tak kena batuk-batuk dan hilang suara. Diorang perasan sebelum ni saya kerap sakit tekak dan hilang suara. Ye tak ye jugak..yelah dah 3 bulan rasanya start balik dari cuti raya hari tu tekak saya ok jer. Rasa macam tak percaya pulak!

Setelah diselidik, baru ler saya tahu kenapa penyakit bengkak tonsil saya ni dah tak menyerang. Saya mengamalkan SET KURUS Shaklee dan dalam set tersebut terdapat Omega Guard yang berfungsi untuk membakar lemak. Tapi sebelum ni saya hanya ambil ESP, Lecithin dan Alfalfa sebab bajet tak cukup lagi nak consume Omega Guard. Hanya selepas balik dari cuti raya baru saya berjinak-jinak dengan Omega Guard..bajet dah ada hehe. Rupanya salah satu fungsi Omega Guard ni adalah anti radang (Inflammation) yang dapat membantu menyurutkan bengkak yang berterusan.

Omega Guard Shaklee

Omega Guard dapat membantu masalah di atas

Selain Omega Guard..saya juga mengamalkan Vitamin C Shaklee yang membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi dan memperbaiki tisu yang rosak dalam badan selain untuk mencantikkan kulit.

Sustained ReleaseVita-C

Alhamdulillah..dah hampir 5 bulan saya tidak mengalami masalah tonsil bengkak. Saya bebas menjalani kehidupan seharian saya seperti biasa dan dapat menikmati makanan sepuas-puasnya. Apa-apa pun yang menyembuhkan penyakit itu adalah Allah SWT, kita hanya berikhtiar untuk mencari jalan penyembuhannya. Usaha kenalah seiring dengan doa dan tawakkal kepadaNya.

Di bawah ini adalah sedikit perkongsian saya berkenaan penyakit Tonsilitis..

Apa ituTonsil?

Tonsil adalah Tisu Limfoid yang berfungsi untuk memerangi sebarang jangkitan pada tubuh badan. Ia terletak di tepi kiri dan kanan sebelah belakang lidah selepas anak tekak.

Gambarajah kedudukan Tonsil

Radang Tonsil

Imflamasi atau keradangan pada kelenjar Tonsil (Tonsilitis) di mana pada kebiasaannya adalah disebabkan oleh kuman viral dan hanya 15% disebabkan oleh bakteria. Boleh menyerang semua orang tak kira dewasa atau pun kanak-kanak.



Tanda-tanda penyakit Tonsilitis

  1. Sakit semasa makan. Biasanya disertai demam panas.
  2. Saiz tonsil yang besar. Kesan radang hasil daripada jangkitan kuman menyebabkan saluran     pernafasan jadi sempit.
  3. Bunyi suara yang garau atau hilang suara.
  4. Bengkak pada kelenjar tekak akan kelihatan besar, merah dan kebiasaannya terdapat tompok-tompok putih.
  5. Mulut berbau.
Cara rawatan biasa
  1. Berjumpa doktor.
  2. Kerap berkumur dengan air garam.
  3. Makan aiskrim bersusu (perasa vanila sahaja) untuk surutkan bengkak.

Semoga perkongsian dan pengalaman saya ini dapat membantu anda dalam menangani masalah Tonsilitis atau Tonsil Bengkak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi dan bermutu tinggi bolehlah berhubung secara terus dengan saya:

ASAINAH BINTI LARAPIU
SID NO:1170361
HP NO: 019-2481979 (CALL/WHATSAPP)
E-MAIL: ashdnor79@gmail.com
FACEBOOK: Ash D'Nor

P/S: Pastikan anda mendapat konsultasi cara pengambilan vitamin yang betul untuk keberkesanan yang menyeluruh dan selamat. Yang pastinya saya sedia membantu anda.





0 comments: